Update terkini! Saya cuti esok!!! Yeay!!

------ wink wink ------
 
Dear All,
We have just got confirmation from Labour Office that the holiday on 31st December 2010 as announced by Prime Minister is under Section 8 of the Holiday Act 1951 and therefore, we will observe the holiday tomorrow.  Your respective managers will be communicating to you directly should you need to come for overtime.  Those requested to work tomorrow will be paid as per public holiday OT rate.  
 
 
------ wink wink ------

Tahniah Pasukan Negara!

Tahniah Pasukan Negara kerana menang piala AFF Suzuki Cup 2010!
 
Buat pertama kali nya, saya berjaya memparkingkan diri depan TV seawal 7.50pm demi membook tv tuk tgk bola.
Heheheh.. thanks buat anak ibu yg sudi memberi laluan tuk ibu & asyue tgk bola.
 
Buat pasukan negara, Tahniah.
Credit tuk K. Rajagopal, yg berjaya dengan formula beliau :)
 
 
nota hati 1 : penat la tgk bola sambil layan org bosan x dapat tgk citer dia.. muahahahahaha..
nota hati 2 : KAMI X CUTI ESOK!!!!!!! hampagas betul!

Unplanned Teluk Batik Visit - Part 2

Jom cerita part 2 plak. Cerita express nih. hehehehe

Kami menginap di Marina Cove Resort
Gambar bilik, rate, boleh klik link yer.. :)

Sbb lepas je breakfast, anak2 buah, termasuk anak saya, SIL, maksu semua dah melencong ke waterpark

Jom layan gambar!

 Pemandangan kolam resort seawal 9am.. huhuhu


Sesi bergambar depan waterpark


 en.Ahmad yg malas nk berenang.. :p


 my 2 Ahmads


Sessi bergambar lagi.. 


 Ini adalah kolam air masin. kedalaman lebih kurang paras dagu saya!



Kalau refer gambar kat entry part-1, kolam yg paling kiri tu kolam ni la. kolam yg satu lg tu still under renovation. Kolam yg ada mainan boleh refer sini!



Last but not least...








 ** US **


Lebih kurang kul 1pm, kami check out. Saya ajak hubby ke teluk batik nk carik tshirt.  Lepas tu turun pantai remis nk carik ikan ngan makan. Hubby beli sotong ngan udang je. Lepas makan, kami pun gerak balik Puchong... 

Sekian, yg melaporkan. 

Kata hati ibu: 
Balik lalu seri manjung, teringat zaman usm-tronoh. selepas 10 tahun berlalu, byk sungguh perubahan. 



Unplanned Teluk Batik Visit - Part 1

Salam buat semua kawan2 tersayang..

Saya dan keluarga dah selamat sampai Puchong dah.. ari ahad lepas lagi dah.. 
(asyik citer p balik-p balik penang puchong ja aihhh.. ) 

Tp sblom sampai puchong, kami melencong ke Teluk Batik dulu. Unplanned. 

Sabtu pagi hubby sampai dari Bentong. 
Hubby lepak2 umah mak saya,  lepaskan penat lelah lena seround dua, dia ajak balik umah mak dia. Kebetulan, mak saya pun dah ready nk berangkat ke Spura, along (& Family) plus abah saya pun dah ready nk berangkat ke Sungkai, maka kami pun angkat kaki.. 

Sbelom tu saya sound hubby dulu.. nak ajak pg makan bihun sup best taman pauh. 

Terus kami ke umah MIL yg x sampai pun 5minit perjalanan, ingat nk loading barang dulu la.. sampai je depan rumah tgk grill pintu bertutup. MIL slalu tutup grill kalau dia pegi mana2. Baru saya teringat, mungkin dia ikut family BIL saya pg teluk batik. 

Hubby pun telefon tuk confirmation.. SAH. dia ikut family BIL. Chu man (Adik MIL) ngna Mak lang pun ada skali. Chu man soh kami datang. tp kena bawak toto sbb bilik dah penuh. Derang amik apartment 2 bilik. 

Setelah ditimbang tara, kami pun sepakat. 

Kita makan bihun sup dulu!!! :p







Ha. ni la rupa bihun sup yg saya makan. 
Bihun separuh + kelempong + ayam = RM3.50.  Teh Ais = RM1.00 
Kenyang! 

Dulu masa ngandung kan si en Ahmad, mmg everyweek layan bihun sup nih. Kalau dah tahu ari sabtu x dapat makan, sure carik siap2 ari jumaat kat pasar malam ampang jajar.
GIGIH SUNGGUH. kekekeke.. 

Lepas dah abih layan perut, kami singgah umah tok juru sat, jumpa SIL saya kat sana. Cadang nak ajak dia skali la.. Saya pulak sms Adila, tanya direction tuk confirmation. 
Lebih kurang kul 9 mlm, kami pun memulakan perjalanan.. 

Permandangan pagi hari dari balkoni apartment.. 


Next entry tuk aktiviti selanjutnya yer! 

Kata Hati Ibu: 
lepas ni mmg akan lebih berkira kalau nk jalan malam ke tempat2 yg x biasa lalu.. ;)




Kerinduan terubat!

Tajuk mmg x bleh blah.  :p

Ari sabtu lepas saya kan balik penang.  Cadang nk menjamu perut kat R&R Sg.Buloh, tp sbb dah potong jalan guna Guthrie, maka tersinggah la kat R&R Rawang.

Terus tuju gerai nasi campur. Gerai paling kanan skali.

Anak teruna saya mata x abih2 dok kerling 'taman'(dia panggil slide tu taman). Saya yg perut mintak diisi, amik lauk ayam goreng tepung seketul, nugget 2 ketul (atas permintaan) dan sedikit kuah.

Terus cari port yg dekat ngan playground. Port pulak area paling kiri. Buat syarat dgn anak, lepas makan baru boleh main. ok. set. Promise.

Si anak pulak perasan kat pinggan Asyue dia ada hotdog. terus tolak nugget makan hotdog je. tu pun sambil makan sambil mata menjeling 'taman' .  Setel basuh tangan anak, ibu pun mulakan la bismillah...

Kopek tepung ayam goreng tu sket. Masuk dlm mulut. Tetiba lidah rasa kelu x terucap. Rasa mcm sesuatu yg dah lama saya rindui.

YES! ayam goreng makcik cafe lembaran. USM Transkrian.  kali terakhir saya makan ayam goreng makcik kafe tu tahun 2004. masa tu baru2 abih final exam.

ingat lagi, dulu, rutin makanan saya :
nasik separuh, ayam goreng seketul, sayur dan teh ais = RM2.50.

roommate saya si zaileen, carmate saya si nana, angah, niza, semua suka kan ayam goreng makcik kafe tu. lebih2 lagi kat kulit ayam tu.. perghhh.. yg berdiet mmg x makan kulit ayam tu. saya?? hehehe.. bantai jugak sbb dah x boleh dibendung lagi kegilaan terhadap kulit ayam.. kekekekekeke..

berbalik kepada kisah ayam goreng tadi. rasa mcm nk pg tanya kat tuan kedai tu apekah sama dia dan tuan kedai kat kafe lembaran tu. tp sbb dah sibuk mnjaga si anak, pastu malas la nk bjalan jauh2 sbb dah duduk hujung sini.. kedai di hujung sana... :p

kepada kawan2 yg teringin nak rasa ayam goreng tu.. boleh la melawat R&R Rawang yer.. hehehe.. saya pasti akan singgah lagi R&R tu nnti.. InsyaAllah.

kepada yg mengidam nak makan ayam goreng tepung, ni ada resepi yg terjumpa masa menggugel tadi.. tp tiada jaminan yg rasa ayam goreng ni sama mcm kat R&R tu ye..

Credit to tuan blog for picture and recipe. 

Notahati: Suka sbb dpt makan sedap kat umah mak.. kekekekkeke 

Syukur!

Alhamdulillah,
Abah dah discharge tghari td. Lega.
Wpun ada bberapa follow up yg nk kena buat ngan pakar kat hospital besar Pulau Pinang.
Terima kasih pada yg mendoakan abah saya.
 
Ada hikmah disebalik kejadian. Allah Maha Mengetahui. AMIN.

Hari bertuah saya!


8-Dec-2010 !

Haritu saya dapat email pasal benda nih.


"The AstroLife 2010 Fun Night Carnival offers the lucky winner a pass for all Sunway Amusement and Scream Park rides, a memorable snapshot with some of your favourite cartoon mascots and a chance to pet cuddly live animals. First 60 customers to register daily will get 4 free tickets and be in the running to win cool prizes including a trip to Hong Kong Disneyland!"

Secepat kilat, saya klik kat banner atas tu (dlm email la) dan dengan lafaz bismillah, saya isi borang & submit. Niat dihati nk merasa masuk Sunway Lagoon (x penah lagi masuk.. huhu) dan of course la nak entertain en.Ahmad kecik dan besar. Then sbb dia nk bagi 4 tiket, nak bawak la anak buah lagi 2 org..

Hari2 berikut nya saya check website astroLife nih. xde pulak dia tulis senarai nama pemenang.  Sampai la 16-Dec, saya dapat 2 sms nih..

RM0.00 :Frm Astrolife - Fun and free ride. Your request for 4 tickets to AstroLife Fun Night Carnival at Sunway Lagoon, 18 Dec, 6.30pm approved.

RM0.00 :Frm Astrolife - Please collect your tickets at North Lobby Astro Bukit Jalil on 15/12 to 17/12 from 10am-9pm. Visit www.astro.com.my/astrolife for more info.

17-Dec - saya pg astro la claim ticket! Rugi la kalau x claim.. it worth rm240.

Tp saya x dapat pegi. Sebab saya kena balik Penang pagi nih. Abah saya masuk hospital sbb eksiden. Dah 3 ari dah pun. Doktor ckp ada pendarahan kat kepala (internal). Dah scan, tp x kurang. So doktor nk tahan abah lagi 5 ari tuk pemerhatian. Nak operate xboleh sbb tekanan darah abah x stabil. Saya delay balik sbb mak ckp x serius, wpun saya rasa serius. so 3 ari kat puchong ni saya kemas2 umah, beg, apa segala yg patut. Sebab saya nk dok lama sket kat penang. dah alang2 balik kan..  doakan perjalanan kami selamat sampai yer kawan2. Juga doakan abah saya cepat sembuh!

Berbalik pada cerita hari bertuah saya, 8-Dec-2010, itu kan anniversary saya yg ke-4!

15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

Source: Forwarded email.

Untuk rujukan bersama.. sharing is caring..   
     
                   
                       
                                                                         
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH  ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun,64:15)                
                                                                         
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.      

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :                               
                                                                         
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith )

                               
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa                                       
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah                                         
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 :8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)    
                                                                         
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah                                      
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.                        
                                                                         
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti
* menakutkan anak-anak dengan sekolah                                     
* menakutkan dengan tempat gelap                                          
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau                          
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur            
                                                                         
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak                 
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak                            
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 
                                                                         
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif                         
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.     
                                                                         
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)                    
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani   
                                                                         
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.                                                                   
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :                                           
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)                  
                                                                         
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas 
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.                                    
                                                                         
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.               
*Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.                                              
                                                                         
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam , beribadah berjemaah, makan bersama-sama, dsb.             
*Dalam menjawab salam , lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.                                              
                                                                         
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
*Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.     
                                                                          11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. 
*Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.               
                                                                         
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak.                  
*Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
                           
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.           
*Ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.                                                                 
                                                                         
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
*Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
                                                                         
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. 
*Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. 

Nota hati: semoga diri ini (dan kawan2 semua) mampu menjadi ibu yg terbaik.. AMIN..
 

PENCIL & ERASER




Pencil: I'm sorry
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry because you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad.

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational.

Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way, they get hurt, and become smaller / older, and eventually pass on. Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

All my life, I've been the pencil. And it pains me to see the eraser that is my parents getting smaller and smaller each day. For I know that one day, all that I'm left with would be eraser shavings and memories of what I used to have.

This is to all the parents and children out there.

Source: forwarded email.


Counting 1,2,3...

+ kaedah en. ahmad +

wan

tu

tree

for

faif

sit

eben

e't

nain

ten

even

welve

thir-tin-tin

for-tin-tin

fee-tin

si-tin

ben-tin

tin-tin

tinn-tin

wenty


notahati:
mcm agak suprise masa mula2 dengar dia kira eleven twelve tu, tak percaya, sbb x tekan kan pun tuk dia kira 'tin-tin' ni semua.. biasa kan org ajar sampai 10 je.. =)