Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Me, Park & Ride

On my last day to Penang office today, i try out this Park & Ride Programme.


PARK AND RIDE PROGRAMSource: PTC

The Penang State Government is planning to introduce Park & Ride service for those who commute to Bayan Lepas Free Industrial Zone (FIZ). Several sites have been identified in Seberang Perai as Park and Ride station for this purpose. The Penang State Government will launch the first Park & Ride station at Bandar Sunway on 1st March 2011.

The express service will depart from Bandar Sunway to FIZ area in the morning and return from FIZ area to Bandar Sunway in the evening. The operating period for the express service is as follows:
Morning session : 5. 30 am to 8.10 am
Evening session : 4. 30 pm to 7.30 pm

Car parking is available around Sunway Carnival Mall. Factory personnel can park their vehicles anywhere around this area and board the express service to Bayan Lepas FIZ. The express service will cover almost FIZ 1,2,3&4, Technoplex and BLIP. This express service is provided free of charge.

The objective of this service is to reduce congestion within the corridor of the proposed Park and Ride service particularly the roads leading to the factories. Apart form this, the State Government’s intention is to promote the use of public transport.


So mr.hubby yg bercuti hari ini and zarif sent me to sunway carnival this morning. Mujur la zarif ada abah, kalau tak mau dia mengamuk nk ikut agaknya =)

In total ada 3 routes, which cover most area mention above.

BEST A - FIZ 1, 2 & BLIP (9 trip pegi, 8 trip balik)
BEST B - FIZ 3 & BLIP (9 trip pegi, 8 trip balik)
BEST C - FIZ 4 & TECHNOPLEX (9 trip pegi, 10 trip balik)

Lucky am I - all 3 lalu opis =)

So i take Best A this morning - trying out the longest trip ( i think la).
Depart at 7.53am (jam semasa) arrive at 8.38. Not bad huh? Eventhough bas lalu jalan jauh, tp still xyah fikir jalan yg jem, tol & minyak. =)


* pix taken few days ago *
~ ni la rupa BESTbus ~

* mr.driver *




Last but not least, this is most interesting one. =)


* wifi *

Overall, saya menyokong program ini 100%.
Mungkin sbb masih baru or sbb byk trip disediakan, trip saya tadi cuma ada 10 org ja pun..

Next time balik saya pasti nk naik lagi.. 




p/s: Petang ni x dapat nk naik bas balik sbb mr.hubby & zarif nk datang amik.. =) 




Kerinduan terubat!

Tajuk mmg x bleh blah.  :p

Ari sabtu lepas saya kan balik penang.  Cadang nk menjamu perut kat R&R Sg.Buloh, tp sbb dah potong jalan guna Guthrie, maka tersinggah la kat R&R Rawang.

Terus tuju gerai nasi campur. Gerai paling kanan skali.

Anak teruna saya mata x abih2 dok kerling 'taman'(dia panggil slide tu taman). Saya yg perut mintak diisi, amik lauk ayam goreng tepung seketul, nugget 2 ketul (atas permintaan) dan sedikit kuah.

Terus cari port yg dekat ngan playground. Port pulak area paling kiri. Buat syarat dgn anak, lepas makan baru boleh main. ok. set. Promise.

Si anak pulak perasan kat pinggan Asyue dia ada hotdog. terus tolak nugget makan hotdog je. tu pun sambil makan sambil mata menjeling 'taman' .  Setel basuh tangan anak, ibu pun mulakan la bismillah...

Kopek tepung ayam goreng tu sket. Masuk dlm mulut. Tetiba lidah rasa kelu x terucap. Rasa mcm sesuatu yg dah lama saya rindui.

YES! ayam goreng makcik cafe lembaran. USM Transkrian.  kali terakhir saya makan ayam goreng makcik kafe tu tahun 2004. masa tu baru2 abih final exam.

ingat lagi, dulu, rutin makanan saya :
nasik separuh, ayam goreng seketul, sayur dan teh ais = RM2.50.

roommate saya si zaileen, carmate saya si nana, angah, niza, semua suka kan ayam goreng makcik kafe tu. lebih2 lagi kat kulit ayam tu.. perghhh.. yg berdiet mmg x makan kulit ayam tu. saya?? hehehe.. bantai jugak sbb dah x boleh dibendung lagi kegilaan terhadap kulit ayam.. kekekekekeke..

berbalik kepada kisah ayam goreng tadi. rasa mcm nk pg tanya kat tuan kedai tu apekah sama dia dan tuan kedai kat kafe lembaran tu. tp sbb dah sibuk mnjaga si anak, pastu malas la nk bjalan jauh2 sbb dah duduk hujung sini.. kedai di hujung sana... :p

kepada kawan2 yg teringin nak rasa ayam goreng tu.. boleh la melawat R&R Rawang yer.. hehehe.. saya pasti akan singgah lagi R&R tu nnti.. InsyaAllah.

kepada yg mengidam nak makan ayam goreng tepung, ni ada resepi yg terjumpa masa menggugel tadi.. tp tiada jaminan yg rasa ayam goreng ni sama mcm kat R&R tu ye..

Credit to tuan blog for picture and recipe. 

Notahati: Suka sbb dpt makan sedap kat umah mak.. kekekekkeke 

Kesesakan Lalulintas vs Penang Bridge


Salam Pagi Jumaat semua..

Saya masih diPG..
Hari2 berfeeling2 mekap n pilih baju nk pegi keje..
Hari2 bersuka-ria bkerja sambil jalan2 carik makan makanan terbaek di sini..
Tp disebabkan saya x bawak kamera masa pg makan, maka xde la entry makan2 saya yer..

Cuma, saya nk share pengalaman saya hari2 ulang alik lalu Penang Bridge (PB)..

Korang tahu kan yg PB ni dah pun dilebarkan menjadi 3 lanes?
Hmm.. saya mcm pelik.. ingatkan, bila dah 3 lanes, xde la nk jammed2 lagi.
Tp sama jugak ler.. Kenapa yer??

Sbb PB je yg dilebarkan jadi 3 lanes.. jalan susur keluar dari PB still lagi 2 lanes (certain area).. plus traffic flow dari jalan/simpang lain.. so total 4 lanes nk jadi 2 lanes?
tak ke haru tu?

Dekat sini xde org/pihak yg nk susun2 cone kat jalan time peak hour mcm yg slalu kita nampak kat area kl/sgor.. so mmg kena tepuk dada tanya selera, pandai2 la bawak keta.. hehehe..

Satu perangai driver PG ni (bukan SEMUA ok!), esp ladies (hehehe), derang x pandai nk bertolak ansur. Esp kalau tgk driver lane sblh bagi signal nak masuk depan kereta dia, time tu jugak la dia laju n cucuk keta depan. x caya, mai la try drive kat sini time peak hour or time jammed.

Pastu, satu benda yg saya pelik.. kalau korang yg drive ingat la kan.. masa sesi ceramah 3 jam time nk amik lesen L tu, ada org yg bagi ceramah tu mention, kalau nk masuk simpang kena secara bergilir2.
Hmm.. i mean.. yg kena bagi laluan kat kereta dari susur keluar tuk masuk, then kita jalan, then keta blakang kita kena allow keta dari susur keluar tu masuk, then baru jalan.. ada kan??? ke saya sorang je yg dengar benda tu???
Tu lagi satu masalah kat sini.. susah betul la nk dpt tgk benda ni kat sini.. x caya?? mai la try drive kat sini.. hehehe...

saya penah dulu, masa tu PB still under renovation, kena pulak weekend, malam sabtu, time tu ada Pesta PG. So kat toll PB tu mmg super jammed la. so, ada lane sblh kiri nak masuk lane kereta saya.. so trying to be good enough, saya bagi la kereta sblh masuk, and saya pun jalan la lepas kereta tu.. ttiba kereta blakang kereta sblh tu cucuk jugak nk masuk... saya buat kering je la.. (ni lagi satu kena buat kalau drive kat PG).. ttiba dia ketuk tingkap cermin kiri saya.. boleh bayangkan betapa dekatnya kereta kami time tu????

Dia ckp kat saya yg saya xde manners sbb x bagi dia masuk.. n saya jawab balik.. saya ke awak? saya dah bagi kerete depan awak masuk, so awak patut masuk blakang saya la... x belajar ke masa amik lesen?? terus saya jalan. :p

Tu blom kira kalau traffic light kat simpang 4 rosak. kalau jenis yg x berani nk 'keluar' tu, mmg x jalan la.. jauh skali nk gilir2 keluar simpang..

and.. cerita terakhir tuk arini... bygkan traffic yg very32x slow moving spjg PB tu, ttba ada sebijik kereta buat lane ke4 kat lane kiri (laluan motosikal)! kalau kelisa saya boleh terima lagi.. ni iswara.. lebar tu.. bahaya betul. 2 kali jd spjg minggu ni yg saya tgk.. yg saya x tgk tak tau la.. so, tuk sedapkan hati... saya ckp.. mungkin dia ada emergency... hehehe..

so kesimpulan, saya mmg x dapat mmandu secara berhemat mcm diKL kat PG nih.. hahahaha.. utk pemandu2 diluar PG yg nk datang PG, try la elakkan time PEAK hours, sbb kalau korang melancong kat sini.. mcm buang masa la pulak dok dlm jammed tu..

sekian yg melaporkan.. esok dah nak balik Puchong.. :)

Kesesakan vs wfh


entry ini lebih kepada bebelan saya sahaja.. tiada fakta2 diambil dari mana2 sumber melainkan sumber diri sendiri dan persekitaran..

Assalamualaikum w.t.h..

Kelmarin, terbaca status sahabat saya di FB, kisah kesesakan lalulintas di simpang giant seks13. katanya, dah keluar awal pun sesak jugak. saya katakan padanya, mungkin sbb org ramai mengambil peluang keluar awal jugak dibulan Ramadhan ini..

Pengalaman hampir 5 tahun berulang-alik dr bworth-pg semasa saya masih bekerja di Penang, memberikan saya pengalaman paling terkesan tentang kesesakan lalulintas terutama di Penang Bridge, lebih2 lagi selama 5 tahun ini jugak la kerja2 pelebaran bridge tu dijalankan!

Katakan.. jambatan tutup sebab ada BOM? transformer diatas jambatan? ya, saya antara beribu manusia yg terkandas dlm kesesakan itu.. belum lagi kisah motor2 pancit atas jambatan.. pernah suatu pagi tu saya kira, hampir 20 biji motosikal saya lihat pancit ditepi jalan (kes org tabur paku)!

Tidak termasuk kes the one and only saya di'teman' ketika pulang dari kerja pukul 12tgh malam! yg ni jadi the one and only la - sbb lepas tu dah taubat xmau buat dah.. :)


                               
* transformer beraksi * pix ehsan wartawan gugel*

Then bila datang bulan Ramadhan, memang, peak hour berubah sedikit. jadi lebih awal dari biasa. Rata2 kilang kat bayan baru mengamalkan konsep flexible hours, datang awal-balik awal, datang lambat - balik le lambat. So, untuk umat Islam, mesti lah nk berbuka di rumah.. biasa lepas solat Subuh tu mesti siap2 dan keluar.. termasuk la saya! :D 

Berbalik kepada sahabat saya tadi.. saya terlupa masa saya mencadangkan suruh keluar lebih awal, yang beliau ada 2 org anak - yang besar pun baru 4 tahun. saya paham, bukan mudah nak menyiapkan diri, nak mnyiapkan anak2 (nak angkat anak2 masuk kereta termasuk la yer) ,blom kira nk peluk cium en.suami lagi.. lebih2 lagi, mana ada nursery yg bukak awal.. biasa saya dengar paling awal 6.45pg.. jadi, mahu tidak mahu, terpaksa tunggu nursery bukak baru boleh gerak pg kerja.. 

Bila saya dah pindah sini, saya sempat merasa 2 bulan lebih nikmat antar anak di subuh ari.. manakan tidak, kesesakan sepanjang highway ldp untuk sampai ke tropicana city memberikan saya 2 pilihan..  sama ada antar anak subuh hari, atau saya sampai ofis pukul 10pg. 

Pilihan lain yang saya ada - mnggunakan nkve. tp, paham2 aje la, apabila highway KURANG SESAK, bermakna POKET anda SESAK. :D . sama kes dgn sahabat saya itu. dia jugak punya option lain, tp perlukan pengorbanan POKET..

Dalam comment kami di status sahabata saya tu, dia ada ckp yg dia jeles dengan saya. sbb saya WFH. Ya, saya 1 antara beribu-ribu lemon manusia yg bertuah kerana berpeluang utk wfh.

Tp harus diingat, saya bukan berkerja sendiri mcm kebanyakkan org yg wfh. Ada bezanya di sini. Mereka yang bekerja sendiri mmpunyai kebebesan utk mengatur kerja mereka. Saya jugak ada, tp terhad. Saya ada 'mata-mata' yang memandang, saya ada boss, saya ada assignment yg ada dateline. Belum masuk lagi bab conf call yang kena saya attend dan paling penting... availability saya utk support customer saya sebaik mungkin. Ada kala saya perlu attend meeting ditgh malam.. jadi, kebebasan saya terhad. mmg la sambil2 conf call pun boleh kopek bawang, tp x berkat pulak gaji saya dapat nnti kan.. :D

Jadi, x kira la siapa pun anda, sama ada anda mmg hari2 kena harung kesesakan lalulintas, atau terpaksa nak kluar duit lebih sbb xmo sesak, atau jalan x sesak & free je, ingat.. kita semua manusia yg punya keistimewaan masing2.. saya mungkin lebih di sini, anda mungkin lebih di sana. perancangan jangka panjang saya tidak memungkinkan saya selamanya wfh. :D

setiap kejadian ada hikmahnya.!


nota.hati : nana, kalau ko baca nih, sory ye sbb aku suggest soh kuar kul 6.30 tu. time tu mmg aku x ingat langsung pasal irdina & irfan..

nota.hati2 : kalau dalam sesak tu.. bukan ke dapat meningkat kan tahap kesabaran kita?? tambah2 dibulan Ramadhan nih.. *wink*


Uniform vs Free Dress

Salam pagi jumaat semua..
arini nk buat citer pasal uniform keje..
korang suker keje yg ada uniform ke, yg free dress??
saya suka uniform kot.. hehhehehe..

kompeni saya keje yg kat penang pakai uniform, tp ari jumaat adalah ari utk melawa.. free dress.
arini la dapat tgk masing2 ngan citarasa masing2..

menyingkap sedikit sejarah kerja..

x lama lepas grad, saya dapat keje kat kompeni skang. tp contract basis. as contract worker, at that time (x mcm skang) free dress. so saya sgt jeles tgk uniform kaler oren tu tau. wpun sekadar nk pakai jeans n t-shirt (sbb lepas tu saruk sweater) hari2- tetap saya rasa susahnya nak menyusun baju nak pakai hari2 tu!

then lepas setahun, diserap masuk (alhamdulillah, rezeki btunang kot) as permanent.. 

so bermula kehidupan dengan uniform oren yg saya teringin nk pakai tu... hehehe.. tuk office staff, ari jumaat is free dress day, tuk production staff lak ari sabtu...  itu pun ttp susah payah nya nk pikir apa nk pakai ari jumaat setiap minggu.. hahaha.. (pemalas sungguh la!).. but at least, ok la kan dari pikir hari2..

then, bila saya dapat lesen tuk pindah ke kl office, saya susah hati pulak.. ye la.. office kl free dress.. + formal dress mon-thursday.. waaaaa.. jumaat je boleh pakai jeans.. gigih.. gigih.. hehehe..

nasib baik, 2 bulan je.. hahahahha.. saya suka!!!

sbb skang saya x perlu nk pikir apa2 ttg baju lagi..
(sila jgn berfikiran kotor.. saya masih pakai baju wpun baju xde lengan je.. kakakkaka)

pic saya posing perasan slim lepas 3 bulan beranak kat zarif ngan Rachel yg comel.
taken few weeks b4 saya datang kl

sekadar pendapat saya..

Uniform
pro :
- xyah pkir nak pakai baju apa
- x yah susah2 nk iron sgt (series, baju ni kalau x iron pun org x tau)
- bjiwa kompeni sgt. keje pun smangat kan ? (ye ke??)
- x perlu stock baju yg banyak. uniform hat dapat 1st year pun boleh pakai lagi.
(kalau ko x tukar baju tu seminggu pun org x perasan... )

con:
- huahua.. sgt kantoi la kalau ko office staff tetiba ada kat queensbay mall kul 2-3 ptg..
- sgt dikenali..

Free Dress
pro:
- boleh up-to-date ngan fesyen2 semasa..
- boleh melawa, sentiasa kelihatan cantik
(kah kah kah - kalau dah selebet tu selebet jugak!)

con:
- kena ada stock bju yg bnyak
- bila ada stock baju kena ada stock kasut, tudung yg banyak jugak..
- kalau pakai baju yg kena iron tu, ari2 la nk kena iron baju..

notakaki:
uniform ni ada short sleeve, long sleeve (mcm model kat atas tu pakai), then ada maternity blouse (x jumpa gambar saya in maternity blouse), maternity dress & man shirt. tuk ladies, boleh jugak pakai ngan mini or midi skirt kaler hijau.. mmg wajib dapat 2 set pilihan hati setiap tahun..so saya slalu amik long sleeve + midi skirt..

last 2 years kot kalau x silap, kompeni ada buat survey sama ada nk diteruskan uniform nih.. dan nampak nyer.. ramai yg sayang kan uniform nih.. heheheh..

p/s: ada sapa2 kenai uniform nih?? (budak2 opis saya xsah dok gatai jawab lak.. !)


dan yang diraikan....

..Mira..

yg selamat ditunangkan ngan

..Din..


(pix berdua xde.. sibuk layan anak dah time tu)

Alkisah. ni la sbb musabab yg menjadi penyebab kami balik penang aritu.. kenduri nyer sehari je, amik cuti berlebih2.. kah kah kah kah.. kebetulan en.hubby nk kena clear cuti.. so harus la ibu pun gedik bercuti jua..

Majlis aritu dimulakan dengan Majlis Tahlil tuk arwah Tok Jauh (Al-Fatihah) ditengahari. then sempat la ahli2 majlis lauk-pauk dan pinggan mangkuk berehat sementara ahli2 rombongan dari Tganu datang..
(weeehaa... merasa nk jalan Tganu atas tajaan adik nnti.. kakakakak)

ahli2 rombongan yg telah dijadualkan datang pada pukul 3pm selamat datang diiringi hujan renyai2..
hujan rahmat tu.. 

the best part is.. beberapa minit lagi ahli2 rombongan nk datang, anak ibu boleh lena sampai la majlis sarung cincin selesai.. haa.. kan x pasal2 ibu mnyebok jugak dgr org berbincang2.. *gigih*

dan mcm biasa, kalau ada majlis kenduri kendara ni, ibu suka nk hadiahkan hantaran.. dan sbb atas permintaan cik bakal pengantin..
maka ibu buat ini tuk dia..

harap adik suka ye..


to adik & matdin..
selamat menempuh alam bertunang..
org ckp alam ni byk dugaannya..
n rasanya, kja pun stuju -  mengambilkira dari pengalaman sendiri..
oleh itu.. bykkan bersabar dlm segala hal ye..  


nota kaki: rasa mcm nk tepek je gambar ahli2 majlis lauk pauk dan pinggan mangkuk, tp harus lepas tu gigih ibu kena kutuk kan???



zarif & kakak lisa

wajah-wajah kesayangan

 

  

 


nota kaki: payah benar nak amik gambar 2-2 budak besar ni posing elok2.. hehehe..


Cucoq udang Suiwah

Kalau ada yg perasan.. ibu dah meroyan mengidam nk makan coq udang ni since dari CNY holiday aritu dah. tp atas sbb2 yg tak dapat dielakkan, ibu x sempat nk makan time tu wpun ibu balik agak lama..

so, dikesempatan meronggeng bersama anak teruna tercinta, ibu memula plan nk ke sunshine nk mencari baju basahan.. tp disbbkan takut ibu terlekat lama dalam tu.. so, ibu decided tuk mengisi perut je..

so pusing punya pusing.. sampai ke destinasi..


ibu makan nih...

(ni yg makan.. yang tapau pun ada.. kekekek)

kira kategori mmg puas makan aritu.. gagagaga..
sib baik la anak teruna ibu x banyak songeh wpun dah mengantuk..



meh kita close up sket..


p/s:
next round balik penang bulan 7 nih. tp x sure la sempat ke tak nk jengah ke sini lagi.. huhuhu..
penat dah carik kat area tp x jumpa pun coq udang best..

ada sapa2 tau kat mana boleh dpt coq udang best area puchong, shah alam, usj???

p/s/s:
otw balik umah, en.hubby sms ckp nk pg beli cendol makloom.. waaaa.. best betul mengisi perut.. pic x amik sbb dah abih makan baru teringat.. kakakak


First Date with Zhea

Akhirnya,
dapat juga zarif jumpa zhea..

amik angin dari tingkat 6 Saujana Damai..

sambil2 tgk aeroplane..


agak2, apa la yg si zarif ni tunjuk kat zhea ye??


borak versi kanak2 riang..


kakak zhea yg sgt baik melayan zarif, wpun ada part berebut bola..




and welcoming a newborn

- Muhammad Adeeb Zafran -


mentang2 umah tingkat 6 - best dia tdo sbb angin sgt sepoi2 bahasa.
macam tepi laut!

to Linda,
(xleh nk pangge mummy zhea dah.. satgi adeeb jeles.. )

selamat berpantang..
raya ni boleh la pakai kebayas yer..

nota kaki:
lawatan ini sepatutnya disertakan bersama en.hubby.. tp sbb matanya telah diterjah sang binatang halus sampai bengkak, maka terpaksa la ibu dan zarif saja yg bersiar2 aritu.. zarif sangat behave bila ibu drive.. mana tak nyer.. excited naik penang bridge.. pic? xde la dah ibu tgk drive.. hehehhe..


Bercuti..

Kami sekeluarga bercuti yer kawan2..
Selamat bekerja dengan cemerlangnya..

Kami ke mana??
Ala..
Balik permatang Pauh tu je..

kekekkeek..
byk perkara yg nk dilangsaikan di penang..

antaranya;
-- sunshine square, carik baju basahan zarif
-- cucoq udang suiwah.. huhu.. giler mengidam dari cny aritu..
-- melawat mummy zhea & adeeb
-- kenduri cousin : D
-- pasar kemboja - x tau nk carik apa, sekadar menjamu mata.. kebetulan lalu on theway balik parit buntar nnti..

tu je la kot. nk panjangkan lagi wishlist ni boleh.. tp takut kempunan lak nnti.. hehhehe..

Home Sweet Home

11 am from Pg - lunch at Tapah R&R - we safely arrived puchong @ 4.30pm
zarif was good as always,
just he curious why ibu is driving & maktok take ibu's place at the back seat..
kekeke..
p/s: mode melepaskan rindu dendam tuk en.hubby, wpun mcm x biasa bejauhan, cuma kali ni mcm byk je yang nak diluahkan..
*blush*

Kantoi!

arini, for the first time.. ibu terkantoi ngan abg polisi kerana tidak memakai safety belt.. kekekekeke.. nasib baik abg polisi yang berkaca mata itam itu baik kerana tidak menyaman ibu..
selama ibu bawak latio, ibu x penah pun x pakai safety belt sbb ibu ada pengalaman x baper ngeri masa driving zaman muda remaja..
just arini, lepas isi minyak kat petronas perda, ibu nak pg maybank perda (jarak x sampai pun 2 min) .. bila lepas kat satu selekoh tu ibu dah nampak abg polisi encem tu melambai2 bendera merah kat ibu.. hampess sungguh...
p/s: sib baik driving license valid lagi.. korang nyer driving license valid lagi tak??

2010 CNY Unplanned Holiday - Part 5

Assalamualaikum..
Hi mummies.. ni zarif la.. rajin kan ibu zarif update blog.. hmm.. ni turn zarif pulak nak story pasal unplanned holiday kitorang.. zarif dah ckp kat ibu bagi zarif interprem dulu.. tp dia x bagi.. nak jugak abihkan citer dia semua baru bagi zarif..
tp xpe.. zarif nk bagitau, especially tuk tok cik Mat tersayang.. zarif rasa sgt seronok balik kpg kali ni. kakak lisa pun sure rasa camtu.. haha.. abih la mama long pasni kakak lisa request balik umah nenek slalu..
Wpun penat sbb 8 jam baru nak sampai PG, tp zarif rasa best. hmmm.. ada la jugak zarif buat aksi manja2 bebai ngan ibu.. hehe.. tp ibu ngan abah layan je zarif nih..
masa berenti minum kat bidor, sebelah kedai tu ada taman permainan, tgh2 panas tu zarif ajak abah pegi main.. abah bagi zarif main kejap je.. sbb abah ckp, kita nak jalan jauh lagi nih...
masa kat umah nenek pulak, zarif rasa sgt best! sbb mcm2 zarif buat kat kampung.. wpun ada part2 ibu warn zarif x bagi buat.. tp zarif nak buat jugak.. haaa.. ni pix zarif lepas nangis manja sbb zarif xmo jalan.. zarif nak soh ibu dukung.. manja kan zarif???


ha.. ni bilik zarif tdo.. zarif la yg semakkan bilik nenek nih.. hehe.. sian nenek nk kena kemas balik ..


ini la part zarif paling seronok.. umah nenek ada sawah bendang.. tp skang ni tgh kering.. ni first time zarif main kat tanah bendang kering nih..

masa mula2 zarif mcm x baper nak reti la jalan kat atas tanah bendang nih.. tanah2 ni keras & x rata.. sampai ada sekali tu zarif terduduk terus!

pose istimewa zarif. bukan apa, time ni tgh best sbb tgh rasa angin bertiup lembut..

ni pulak pose istimewa zarif & kakak lisa dperdu pokok nyoq.. kalau tokcikMat nak tau, time ni depa semua kecuali ibu (sbb amik gambar ni) & abah (tgh record video) tgh dok balun makan nyoq muda yang ke berapa pun zarif x reti dah nak kira.. sampai abih la nyoq2 muda kat umah nenek tu .. yg mata zarif dok kerling tu dok kerling kat depa la!

dah penat menyepahkan umah nenek, zarif tolong mama long sapu daun kering kat tepi umah nenek tu.. bukan apa sebenaqnya.. zarif x penah pegang lagi penyapu lidi nih.. sblom ni kalau ada tgk tu, ibu sure x bagi pegang.. ni zarif dapat pegang ni pun, sbb maktok yg bagi greenlite..
hehehehe...



ok la mummies semua. zarif ingat tu saja tuk post nih..
buat tok cik Mat yang dikasihi, jgn la sedih sbb tok cik mat sorang je yg xde aritu.. tok cik mat kan pekerja yg berdedikasi.. nnti bulan 6 kita jumpa yer.. dengar kata, derang nak buat wadai kipeng lagi time tu.. dan harap2, buah2 nyoq dah tumbuh balik time tu supaya tokcikMat dapat balas dendam tuk kait buah nyoq tu nnti...
akhir kata tuk semua... balik la kampung kalau ada peluang yer.. best tau! hehehe..
salam sayang dari zarif tuk semua!!


.. the end.


2010 CNY Unplanned Holiday - Part 3

setelah penat maktok menunggu, kitorang pun bergerak menuju ke kampung tg. piandang..
alkisah, bila sampai kat jambatan n. tebal, ternampak jem, maybe sbb ada traffic light kat simpang selepas jambatan tuh.. maka ibu dgn expert nyer menyuruh abah u-turn masuk pekan nibong tebal, and amik jalan sekolah teknik nibong tebal - mrsm n.tebal - USM .. *huh, mmg sgt expert jalan nih, 3 tahun dok ulang alik sini*

lpas sket dari tmn pekaka, dekat2 area JKR parit buntar tuh, abah bagi signal kanan.. abah nak singgah makan laksa ... yeay!!! kami masing2 makan laksa + cendol .. hmmm.. lazat..
zarif tido time nih.. jadi, ibu mmg dpt menikmati makanan dgn lazatnya..

seterusnya.. kami pun mnuju ke umah tok ngah zarif aka maktok kakak lisa kat taman sri aman... (sri aman ke desa aman erk, lupa la.. heheh).. nenek ada kat situ.. xkan nak pandai2 balik kampung kan??

mcm biasa la.. bila sampai tu.. mmg sessi bersembang x hengat dunia la.. kebetulan tokcik dari kl pun ada sama, asyue mira, and mama long (mama kak lisa) pun ada skali.. mmg x rancang nak bergather2 nih..

setelah penat bersembang ala2 10 tahun x jumpa, nenek yg dah kerinduan pada umah dikampung pun ajak gerak balik.. kebetulan, tokcik nak singgah batu 5 nak beli barang, lauk, etc, etc..

kami sepupu-sepapat ??
Idea dari mama long --> nak pegi ban pecah, konon nak carik ada gerai ikan semilang kat situ.. okeh, set.. tp ibu sendiri pun x penah sampai situ.. yg ibu tau, kuala sepetang jauh nak g.. n ibu tau ada sign board nk g kuala sepetang..

jadiknya.. kami pegi jugak mencari...
kami jumpa lokasi ban pecah itu, tp lokasi ban pecah yg btulnya kami x pegi sbb mrs. driver akak asyue miera x mo masuk sbb jalan sempit..*kami pegi 2 bijik keta*

dlm kesesatan itu, kami terjumpa satu gerai MEE UDANG BRASAP.. jadiknyer.. kami makan petang disitu je la...

mee udang brasap.. ye.. mmg brasap.. sgt sempoi tuk penggemar mee udang (mcm ibu).
siap ibu tolong abihkan nyam nyam aka aysue ain nyer udang 3 ekor..


versi boleh gerak pulak...


to be continue...

2010 CNY Unplanned Holiday - Part 2

sampai2 je rumah Maktok Timah (myMIL), kitorang pun lepak2 hilangkan penat.. sambil2 tu, derang pujuk2 gak ajak kitorang join pegi langkawi esoknya.. waaaa.. fenat jalan pun x habeh lagi.. rasa x sanggup la nak jalan2 jauh buat seketika.. *penangan jem x hengat*

malam tu kitorang dinner kat Bangkok Tomyam Tmn Pauh.. pix x amik la sbb dgn badan yg penat, perut yang lapar, konsentrasi minda hanya tertumpu pada sesi mengisi perut! zarif siap angkat pinggan hirup kuah! *sian anak ibu kebulur ye*

Makanan dipilih oleh mySIL, x sure la dia amik set apa (ada pilihan set2 gitu).. mmg sangat sedap! hahaha.. yer la.. lama x makan sedap.. *kononnya la*

keesokannya, seawal 6 pagi derang dah bertolak menaiki 2 bijik kereta.. ibu & zarif ?? zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

bila bangun, ibu sediakan nasik goreng (nasik byk pulak ditinggalkan myMIL).. sambil2 bermalas2an, ibu phone Mak PUteh (myMum).. terkejut jugak la dia bila tahu kami dah ada diPenang!

tahu2 je, dia rupanya dah siap nak balik ke kampung Tg. Piandang.. ajak dia balik sekali.. sbb kitorang pun xde apa nk buat kan..

mula2 dia ckp dia dah nak balik, alih2 dia datang umah Mak Timah..

so, ends up.. kitorang balik kg skali.. sian jugak sbb dia terpaksa tunggu kitorang bersiap.. nasib la brg2 yg dibawak balik blom dpunggah..

.. to be continue ..




2010 CNY Unplanned Holiday - Part 1

Assalamualaikum & Hi mummies...

last week friday (12Feb) while im busy working + monitoring maid do the clean up activities, i called abah.. nk confirmkan either abah will be working on Sat 13-Feb or not. Abah say no, and he did say that we going back PG on Saturday...

Actual plan for this CNY is to stay at home on saturday (ibu + zarif) sbb abah has to work, then heading back to PG on Sunday.. alih2 plan bertukar sbb abah kena masuk office on Wednesday (17-Feb)..

Lepas abih keje, ibu terus rebus tulang buat sup tuk abah sambil2 ibu kemas kain baju.. tp malam tu ibu super penat, ibu kemas sket je then flat terus sampai pagi..

bangun subuh tu, ibu terus kemas dapur n prepare bfast & bekal.. sambil tu, sempat la ibu kerling outlook ibu.. waaaaa... ada notice SA pending ibu rupanya... kui2... sian derang.. sib baik ibu bangun awai yer.. hehehe..

siap packing semua, terus masukkan barang2 dalam bonet.. kul 12 pm lebih kurang.. kitorang pun begerak...

dari USJ, ibu suggest soh ikut guthrie, tp abah xmo sbb abah kata jalan x jem kot... alih2, sampai area damansara, jalan dah start slow moving.. sampai exit Hosp. Sg Buloh, abah exit.. konon2 nk ikut jalan kuala selangor.. bila dah jalan ikut pekan sg buloh tu, alih2 jumpa balik guthrie.. so kitorang dengan confidentnyer, x jadi nak ikut jalan k.s'gor, tp nk masuk balik plus hway...
 
masuk ikut rawang.. mula2 jalan mcm normal.. tp bila near bkt beruntung punya exit, mcm slow moving gak la.. as long as we still moving.. abah ckp ok...


bila dah dekat exit trolak, dari jauh kitorang dah boleh nampak mcm byk keta kat depan.. mcm dah jem pulak dah... so, kitorang pun exit trolak...

lalu sungkai - bidor - tapah - kapar - gopeng - kami jumpa balik plus hway..


Alhamdulillah.. bila dah masuk hway ni, traffic dah ok.. time ni dah pukul 5.30pm... kami berhenti rehat kul 4.30 kat bidor ..


kami sampai umah tepat pukul 8pm ...

lama kan nak sampai PG? hehehe..