Showing posts with label myWork. Show all posts
Showing posts with label myWork. Show all posts

Planting tsunami shields - Cerita bergambar pulak :)

Semalam buat post copy paste dari NST online, arini cerita bergambar pulak.
Tp ni semua gambar sdn. bhd. nak tgk gambar saya masuk paper.. carik la NST smalam yer.. :)
(nnti la bbila saya scan pict2 tu semua.. )

Saya amat berterima kasih kepada en.boss saya yg jauh nun di UK sana, sbb dia la saya join menda nih. Wpun ni aktiviti kemasyarakatan anjuran company, nak join still kena ada approval. 
(ye la, ttiba kalau saya away separuh hari, mau musykil dia nnti .. hehe.. tu pun sempat layan call supplier dalam bas.. waaaa.. tensik betul)

Jom layan aktiviti separuh hari saya itu.. 
Perjalanan dari Tropicana Office ke pejabat EIC sepang ni mmakan masa dlm sejam jugak la. 

 Sesampai je, terus lunch dulu. Pix gambar/sedang makan x amik sbb perut mmg lapar so x ingat apa dah. :D

One of the poster dalam bangunan EIC..

me - kat mana pergi, mesti nak amik gambar kan??

 Lepas lunch, ada sdikit briefing pasal mangrove, pasal aktiviti menanam yg bakal dilakukan.. bla..bla....
(yang baju biru tu, org MNS, yg baju ijau tu, country manager)

 On the way ke tapak project. Kami semua diberi boot sorang sepasang. :)

 Dah sampai ke tapak kejadian :) harus ada posing2 kan... :p

*
*
*
*
Gambar kejadian byk di amik oleh press. Sbb masing2 sibuk buat keje kan.. kalau idak kantoi la asyik nak posing ja, keje x jalan...
*
*
*
*

me - after

ni ler rupa tapak kejadian. 
Pada hari kejadian, kami seramai 20 org lbh kurang telah pun menanam 150 anak pokok.. 
Penat jugak la sbb nak menggali tanah selut + jalan dalam selut bukan senang kan..


Last but not least, me and one of the pokok yg ditanam.. 
Notahati: 
Sesekali berjemur di bawah panas matahari rasa best jugak. Original sauna. Ada sesuatu yg lebih menarik sebenarnya berhampiran kawasan ini. nnti saya buat posting lain berkaitan itu yer..






Kesesakan vs wfh


entry ini lebih kepada bebelan saya sahaja.. tiada fakta2 diambil dari mana2 sumber melainkan sumber diri sendiri dan persekitaran..

Assalamualaikum w.t.h..

Kelmarin, terbaca status sahabat saya di FB, kisah kesesakan lalulintas di simpang giant seks13. katanya, dah keluar awal pun sesak jugak. saya katakan padanya, mungkin sbb org ramai mengambil peluang keluar awal jugak dibulan Ramadhan ini..

Pengalaman hampir 5 tahun berulang-alik dr bworth-pg semasa saya masih bekerja di Penang, memberikan saya pengalaman paling terkesan tentang kesesakan lalulintas terutama di Penang Bridge, lebih2 lagi selama 5 tahun ini jugak la kerja2 pelebaran bridge tu dijalankan!

Katakan.. jambatan tutup sebab ada BOM? transformer diatas jambatan? ya, saya antara beribu manusia yg terkandas dlm kesesakan itu.. belum lagi kisah motor2 pancit atas jambatan.. pernah suatu pagi tu saya kira, hampir 20 biji motosikal saya lihat pancit ditepi jalan (kes org tabur paku)!

Tidak termasuk kes the one and only saya di'teman' ketika pulang dari kerja pukul 12tgh malam! yg ni jadi the one and only la - sbb lepas tu dah taubat xmau buat dah.. :)


                               
* transformer beraksi * pix ehsan wartawan gugel*

Then bila datang bulan Ramadhan, memang, peak hour berubah sedikit. jadi lebih awal dari biasa. Rata2 kilang kat bayan baru mengamalkan konsep flexible hours, datang awal-balik awal, datang lambat - balik le lambat. So, untuk umat Islam, mesti lah nk berbuka di rumah.. biasa lepas solat Subuh tu mesti siap2 dan keluar.. termasuk la saya! :D 

Berbalik kepada sahabat saya tadi.. saya terlupa masa saya mencadangkan suruh keluar lebih awal, yang beliau ada 2 org anak - yang besar pun baru 4 tahun. saya paham, bukan mudah nak menyiapkan diri, nak mnyiapkan anak2 (nak angkat anak2 masuk kereta termasuk la yer) ,blom kira nk peluk cium en.suami lagi.. lebih2 lagi, mana ada nursery yg bukak awal.. biasa saya dengar paling awal 6.45pg.. jadi, mahu tidak mahu, terpaksa tunggu nursery bukak baru boleh gerak pg kerja.. 

Bila saya dah pindah sini, saya sempat merasa 2 bulan lebih nikmat antar anak di subuh ari.. manakan tidak, kesesakan sepanjang highway ldp untuk sampai ke tropicana city memberikan saya 2 pilihan..  sama ada antar anak subuh hari, atau saya sampai ofis pukul 10pg. 

Pilihan lain yang saya ada - mnggunakan nkve. tp, paham2 aje la, apabila highway KURANG SESAK, bermakna POKET anda SESAK. :D . sama kes dgn sahabat saya itu. dia jugak punya option lain, tp perlukan pengorbanan POKET..

Dalam comment kami di status sahabata saya tu, dia ada ckp yg dia jeles dengan saya. sbb saya WFH. Ya, saya 1 antara beribu-ribu lemon manusia yg bertuah kerana berpeluang utk wfh.

Tp harus diingat, saya bukan berkerja sendiri mcm kebanyakkan org yg wfh. Ada bezanya di sini. Mereka yang bekerja sendiri mmpunyai kebebesan utk mengatur kerja mereka. Saya jugak ada, tp terhad. Saya ada 'mata-mata' yang memandang, saya ada boss, saya ada assignment yg ada dateline. Belum masuk lagi bab conf call yang kena saya attend dan paling penting... availability saya utk support customer saya sebaik mungkin. Ada kala saya perlu attend meeting ditgh malam.. jadi, kebebasan saya terhad. mmg la sambil2 conf call pun boleh kopek bawang, tp x berkat pulak gaji saya dapat nnti kan.. :D

Jadi, x kira la siapa pun anda, sama ada anda mmg hari2 kena harung kesesakan lalulintas, atau terpaksa nak kluar duit lebih sbb xmo sesak, atau jalan x sesak & free je, ingat.. kita semua manusia yg punya keistimewaan masing2.. saya mungkin lebih di sini, anda mungkin lebih di sana. perancangan jangka panjang saya tidak memungkinkan saya selamanya wfh. :D

setiap kejadian ada hikmahnya.!


nota.hati : nana, kalau ko baca nih, sory ye sbb aku suggest soh kuar kul 6.30 tu. time tu mmg aku x ingat langsung pasal irdina & irfan..

nota.hati2 : kalau dalam sesak tu.. bukan ke dapat meningkat kan tahap kesabaran kita?? tambah2 dibulan Ramadhan nih.. *wink*


Selesai 1st half, another half-year to come!


Alhamdulillah,
Berjaya jugak selesaikan review with boss yg tertangguh since thursday gara2 IE saya terlebih canggih!
Selagi x setel, selagi tu la dok menggodeh webpage tu. org lain boleh je access. saya sorang je x leh. alih2, baru perasan, IE nyer problem.

lega sat. berdoa dan berharap agar momentum yg ujud dlm diri dpt dikekalkan (or maybe up lebih sket ke kan?) sampai ujung tahun.

AMIN!