Showing posts with label zarif. Show all posts
Showing posts with label zarif. Show all posts

Monday that always blues, cuti oh cuti, Kenduri


Assalamualaikum!

Adapun tuan belog tidak lah berada ditepi pantai..
Tidak jugak baru balik dari pantai ye..

Ni gambar cuti CNY aritu..
Nnti la kita citer pasal cuti CNY ye.
Dah ada gambar baru best nk citer kan?.

Hmm..
Korang slalu feeling monday Blues?
Saya setiap monday akan feeling camtu tau.
Rasanya, saya xde la malas nk mulakan keje.
(pergghh.. ayat xbleh blah! Sila jgn muntah ijau)

Ye la,
x payah nk dok termenung pilih baju apa nk pakai,
x payah nk drive..
x payah nk mengharung jem..

Tp bila pepagi tengok hubby pegi keje..
saya jadi sayu..
terus feeling rasa mcm nk ari jumaat!

heheheh..
Dengan kebizian sehari-hari, actually cepat je masa berlalu..
x percaya tgk kalender.

Dah pun abih cuti2 yg silih berganti tu.

source: cuti.com.my

Amik!
Next Public Holiday bulan May!
Jenuh nak berparty la bulan Mac & April nih.

Mujur awal bulan April ni ada jemputan kenduri kat Sungkai.
Boleh mandi hotspring lagi. =)

Bulan November ada 2 jemputan kenduri. 
Satu cousin, satu sedara.

Yang best nnti boleh pegi Terengganu.

Cousin lagi satu belom tahu tarikh lagi.
Katanya sblom raya.
Yang itu akan ke Melaka pulak.

Byk dah kan alasan nak amik cuti?

Yang pasti, satu hari di bulan March wajib amik cuti!
=)

Akhir kata,
Terima la gambar anak teruna saya yg kesejukan..



Monday blues



.. after a long weekend .. 

.. after a great family get-together ..

.. me today, back to the routine .. 

(how i miss those great moment)


p/s: kamera saya en.hubby terbawak p bentong. jadi harus seminggu ni xde hapdet jalan2 kitorang..


ABC with cikgu Zarif

 
 
A
APPLE

B
BIRD

C
CAT

D
DOG

E
ELEPHANT

F
FISH

G
GIRAFFE

H
HAND

I
IOI


????
*terkesima seketika*

IOI tu apa?
... naik horse


 automatik kelas ABC pun bertukar menjadi kelas mari bercerita tentang 'A Big Horse & IOI'
:p
 
 
agak2, kalau sampai S, dia sebut tak sunway pyramid?? :p
 
lately ni ada 2-3 kali kantoi si zarif dok buat aksi 'cikgu-cikgu' sambil dok baca ABC versi dia ni la. agaknya dok tgk teacher kat school dia mengajar kot.. 
=)
 

Selamat berhujung minggu!
i.sofia

Macammana nak diet???

pix ehsan gugel
Masa mula2 belikan dia kokokrunch, zarif suka sgt ratah. 
Bermangkuk2. Asal tgk tv je mesti nak meratah. 
Asal bukak peti ais je mesti mintak ko-krunch 
(kadang2 bunyik mcm dia sebut cockroach pun ye :p).
Serah je kat dia. 
Tp dia x minum ngan susu. dia x bekenan kot sebab slalu time nak makan mesti menda tu dah x crunchy, dah lembik kan, so dia mcm x lalu .. heheheh.. 
Tp dulu mmg sentiasa ada stok kat umah.




pix ehsan guge

Then bila ibu start beli Kellogg's K ni.. 
utk menjayakan misi diet ibu,
terus dia berpaling tadah dan x heran kan ko-krunch dia tu! 


Asal tgk tv nak mintak makan benda nih. 
Asal bukak peti ais je mesti dia pegang kotak K ni dulu.


Even dah campur ko-krunch ngan si K ni pun, dia boleh pilih K je makan. Yang belen tu bagi ibu. 




 
pix ehsan gugel
Berniat mengumpan, baru2 ni ibu beli kan dia ini pulak. 
Konon ingat dah berkaler2, mau la dia nk makan kan.. 
xde maknanya! 

Siap campurkan  3 skali, top up lagi ngan kismis, dia kutip K ngan Kismis ja! 
Memang x bleh tolak.
Nak-nak kalau dia buat muka please dia.. 

Dah tentu2 hati cair n bagi je dia ratah K ibu tuh. :p




Dipendekkan cerita, skang ni ibu la pagi2 kena ngadap ko-crunch + Trix sbb nk abih kan stok yg ada!!!
X cukup ngan itu, kalau ibu bancuh je nesvita OAT, dia dulu jugak la yg ngadap.

Habis tu camne???




Lawatan Mengejut

Petang semalam, tgh bz main belon ngan zarif, ttiba nampak ada 2 'encik' terjenguk2 umah depan. Anjing tuan umah tu dah tentu2 bising. Perasan saya ada kat luar, seorang encik tu pun membuka langkah menuju ke rumah saya.. 


Lagak gaya mcm org bawa utusan seri paduka baginda! 


Mana tidaknya, siap berkemeja, yg kawan siap dgn vest. Dah bagi salam, encik berkemeja pun kata.. 


'Saya dari jabatan kesihatan mpsj, sedang mmbuat tinjauan dikawasan ini. Dah terdapat 2 kes denggi di kawasan nih' 


Saya:
'erk.. taman ni ke? 


Encik:
'Ya, pagi tadi baru je masuk hospital' 
'Rumah puan ni nampak dekat luar ok, tp dalam rumah puan kena pastikan tiada takungan air yg boleh membiakkan jentik2 ya.'

Lepas dah amik no umah dan tanda dlm buku dan ucapkan terima kasih, encik pun berlalu pergi ke umah sebelah.. 

Saya tergamam sbenarnya. 
Kan ke zarif kurang sihat 2-3 arini, ttiba diselubungi kerisauan yang amat. sampai terlupa nk tanya xde ke aktiviti fogging nk dijalankan kat sini.. kan biasa kalau dah ada kes derang akan fogging.. 


Petang tadi pulak, sedang saya sibuk kat atas kemas bilik, ttiba terdengar ada suara mcm buat announcement gitu. ala.. suara mcm org jual tilam tu.. tp kali ni bunyi nye pelik.. mcm suara ajak org pg funfair pun ye jugak.. kekekeke.. x penah lagi dengar bunyik tu. 


Bila dengar suara tu makin dekat ngan rumah, saya pun berdiri tepi tingkap bilik.. 
nampak van mpsj lalu sambil bunyi 
'sila berada diluar rumah kerana kawasan ini akan difogging sebentar lagi. Sekian, terima kasih'


teringat asyue n zarif dok tidur kat bawah, cepat2 saya turun. ye la, kejut org tdo ni bukan senang.. mau jenis mamai.. jenuh! zarif dah bgun, cuma masih  mamai. 
terus ajak duduk luar, dan kebetulan, masa kami keluar org fogging tu dah nk sampai pun.. 



takut zarif tgk org ni buat asap kat umah dia! hehe


Hari ini Cuti!!! :)

Salam hari khamis..
Hari ini cuti ye??

Saya bercuti,
Zarif yg merap2 manja baik demam pun cuti :)

Sebab hari ni cuti, maka mengikut perancangan, berikut adalah aktiviti utk hari ini :)

(tidak mengikut keutamaan)

:: makan ::
:: tgk tv ::
:: tdo ::
:: main belon ::
:: semak rumah :: --> untuk zarif
:: kemas rumah :: --> untuk ibu

silap2 ibu tolong semakkan skali.. 

cdg nak kemas barang2 x guna masuk dalam kotak.
tp biasala kan, sblm kemas masuk kotak harus la umah jd tunggang-langgang. 
tgk la mcm mana keadaan nya nnti.
harap angin rajin ni sampai ke petang la yer..

to hubby sayang,
selamat bekerja..


Notahati: org ckp, kalau rumah bersepah, ada org nk datang.. mau pulak time ari cuti.. korang penah dengar org cakap camtu??

A big horse

Entry yg xde kaitan langsung dengan entry H4ni3 yang ini ok! :p

Alkisah, ada org yg teruk sgt dah kemaruknya. 
Ibu ajar 'A big bus' 
Dia repeat 'A big horse'

Baca la apa skalipun, 'a big crane', 'a big lorry'..  , 
pasti dia baca 'a big horse' .. 

Kalau dia excited cerita men-mos (ultramen cosmos), digimon ke, buat aksi digisoul fullcharge ke, ben10 ke, pasti dihujungnya akan ada 'A big horse'!

Yang peliknya, bila baca 'a small car',
Boleh pulak dia repeat dengan 'a small car'! 
Aduhai anak ibu sayang!

Kebetulan, ada sekali tu terperasan dlm fb si kakcik - dia naik horse kat stadium shah alam. 

 picture yg diambil dari fb kakcik :p

So, sebagai ibu yg overexited, minggu cuti new year aritu ibu pun ajak la abah pg pusing stadium shah alam - cadang nk bagi dia naik real horse la. pusing punya pusing tgk ada funfair je. Terus tepon kakcik tanya dia.. Rupanya benda tu dah habis... huhuhuhu..
Ruginyer rasa.. ye la, kakcik naik horse tu rm5 je tau.. 

Kesimpulannya, sehari lepas pusing stadium shah alam tu, kami pun terpaksa la masuk IOI demi nak bagi anak kesayangan ni naik horse.. huhuhuhuhu.. nasib baik jugak la kat IOI tu ada mainan satu tu je.. kalau pg sunway pyramid, harus la kena korek tabung dia kang! 

 
versi naik horse kat IOI

versi naik horse kat Sunway Pyramid



Kalau ada sapa2 yg tahu kat mana2 ada horse riding ni, cakap la erk.. My SIL cakap kat bagan lalang ada.. tp sure yg mahal punya kan, macam kat Feringghi beach dlm rm90 per ride.. huhuhu.. 

notahati ibu: abah ckp, ibu yg terlebih kecewa sbb x dapat naik horse.. hahahahaha.. iya la kot kan..
 

Let's play! 30-month-old

1 : Map of me

Chart your little one's growth and progress by creating a life-size map of him and then get him to colour it in.

Skills developed:
motor control, imagination

What you will need: pen or pencil; paints or crayons; a roll of paper (wallpaper lining paper is ideal though several smaller pieces of paper stuck together will work fine)

Roll out a large piece of paper and get your little one to lay down on it. Take a pen or pencil and draw round him. Now encourage him to colour it in, naming the different body parts as he goes. It's fun to cut the picture out and put it on the wall with it's feet at floor level. Then do the same thing again next month and see how much he has grown. 




2 : Bath time rescue
Ahoy there! Most toddlers love bathtime and this game will make it even more exciting.

Skills developed:
motor skills, hand-eye coordination

What you'll need: an empty and clean plastic tub (a margarine tub or Tupperware container is ideal); small plastic animals that can go in the bath

The plastic tub is a boat and your toddler will need to rescue the animals that are stranded in the water! When it's time for your toddler's bath, give him some animals to drop in the water. Then, once he's in, let him rescue them by lifting them safely into the boat. Try resting an animal on your toddler's legs for a daring cliff-top rescue. Show your toddler what happens as the boat gets heavier with animals. And what happens if you pour some water into the boat? Oh no, time for another rescue! 

 *gambar selingan*

Unplanned Teluk Batik Visit - Part 2

Jom cerita part 2 plak. Cerita express nih. hehehehe

Kami menginap di Marina Cove Resort
Gambar bilik, rate, boleh klik link yer.. :)

Sbb lepas je breakfast, anak2 buah, termasuk anak saya, SIL, maksu semua dah melencong ke waterpark

Jom layan gambar!

 Pemandangan kolam resort seawal 9am.. huhuhu


Sesi bergambar depan waterpark


 en.Ahmad yg malas nk berenang.. :p


 my 2 Ahmads


Sessi bergambar lagi.. 


 Ini adalah kolam air masin. kedalaman lebih kurang paras dagu saya!



Kalau refer gambar kat entry part-1, kolam yg paling kiri tu kolam ni la. kolam yg satu lg tu still under renovation. Kolam yg ada mainan boleh refer sini!



Last but not least...








 ** US **


Lebih kurang kul 1pm, kami check out. Saya ajak hubby ke teluk batik nk carik tshirt.  Lepas tu turun pantai remis nk carik ikan ngan makan. Hubby beli sotong ngan udang je. Lepas makan, kami pun gerak balik Puchong... 

Sekian, yg melaporkan. 

Kata hati ibu: 
Balik lalu seri manjung, teringat zaman usm-tronoh. selepas 10 tahun berlalu, byk sungguh perubahan. 



Unplanned Teluk Batik Visit - Part 1

Salam buat semua kawan2 tersayang..

Saya dan keluarga dah selamat sampai Puchong dah.. ari ahad lepas lagi dah.. 
(asyik citer p balik-p balik penang puchong ja aihhh.. ) 

Tp sblom sampai puchong, kami melencong ke Teluk Batik dulu. Unplanned. 

Sabtu pagi hubby sampai dari Bentong. 
Hubby lepak2 umah mak saya,  lepaskan penat lelah lena seround dua, dia ajak balik umah mak dia. Kebetulan, mak saya pun dah ready nk berangkat ke Spura, along (& Family) plus abah saya pun dah ready nk berangkat ke Sungkai, maka kami pun angkat kaki.. 

Sbelom tu saya sound hubby dulu.. nak ajak pg makan bihun sup best taman pauh. 

Terus kami ke umah MIL yg x sampai pun 5minit perjalanan, ingat nk loading barang dulu la.. sampai je depan rumah tgk grill pintu bertutup. MIL slalu tutup grill kalau dia pegi mana2. Baru saya teringat, mungkin dia ikut family BIL saya pg teluk batik. 

Hubby pun telefon tuk confirmation.. SAH. dia ikut family BIL. Chu man (Adik MIL) ngna Mak lang pun ada skali. Chu man soh kami datang. tp kena bawak toto sbb bilik dah penuh. Derang amik apartment 2 bilik. 

Setelah ditimbang tara, kami pun sepakat. 

Kita makan bihun sup dulu!!! :p







Ha. ni la rupa bihun sup yg saya makan. 
Bihun separuh + kelempong + ayam = RM3.50.  Teh Ais = RM1.00 
Kenyang! 

Dulu masa ngandung kan si en Ahmad, mmg everyweek layan bihun sup nih. Kalau dah tahu ari sabtu x dapat makan, sure carik siap2 ari jumaat kat pasar malam ampang jajar.
GIGIH SUNGGUH. kekekeke.. 

Lepas dah abih layan perut, kami singgah umah tok juru sat, jumpa SIL saya kat sana. Cadang nak ajak dia skali la.. Saya pulak sms Adila, tanya direction tuk confirmation. 
Lebih kurang kul 9 mlm, kami pun memulakan perjalanan.. 

Permandangan pagi hari dari balkoni apartment.. 


Next entry tuk aktiviti selanjutnya yer! 

Kata Hati Ibu: 
lepas ni mmg akan lebih berkira kalau nk jalan malam ke tempat2 yg x biasa lalu.. ;)




Counting 1,2,3...

+ kaedah en. ahmad +

wan

tu

tree

for

faif

sit

eben

e't

nain

ten

even

welve

thir-tin-tin

for-tin-tin

fee-tin

si-tin

ben-tin

tin-tin

tinn-tin

wenty


notahati:
mcm agak suprise masa mula2 dengar dia kira eleven twelve tu, tak percaya, sbb x tekan kan pun tuk dia kira 'tin-tin' ni semua.. biasa kan org ajar sampai 10 je.. =)

 



Oh Tidak! Dah ari Khamis..


In fact, dah petang Khamis. Kuang kuang kuang.

Punya la bz kan.. sampai dah nak abih minggu baru nak ada 1 post.. adusss.. dah la en.Nuff tgh nak rajin melawat blog nih.. xpe xpe.. meh saya start post dengan cerita isnin-selasa-rabu-kamis saya..

Actually, xde p mana or buat apa melainkan perihal en.laptop kompeni ni dilawat dek 'Trojan Horse'. jadiknyer, segala keje2 yg nk dibuat tetap kena buat tp dengan kaedah yg paling lembab. aduh la.. penangan Trojan nih, jadikan saya buat keje sambil menguap tau!. tu yg x sempat nak buat apa melainkan terpaksa menumpukan spenuh jiwa dan raga kat keje. Kalau x tumpu kang x abih pulak keje.

Laptop ni dah lembab since rabu last week. tp dia on off. kejap ok, kejap x ok. pastu bila dah ari kamis dah CPU usage dah maintain 100% je, harus la kena buat something jugak kan. 2 hari 2 malam saya scan laptop ni baru siap. ntah apa2 ntah yg dok dalam laptop nih. hehehhehe. tu yg bleh terjumpa si Trojan nih. hampeh tul.

Isnin, masuk opis Tropicana sbb nk soh org IT check laptop. bila on je laptop nih, dengan sopan santun ala2 gaya anak dara nk dipinang, boleh pulak CPU usage turun sampai 10%.. adeh la.. tahu la dah buang si Trojan aritu.. tp mcm x logik la pulak sbb last guna still mcm lembab jugak..

masuk tengah ari, agaknya dia tau saya makan kat bgunan sblh sambil bergossip ngan cikMami kot, dia start buat pasal.. sat dia ok, sat dia x ok. dah mcm chipsmore. terus bagi org IT check, dia ckp ok. normal. cuma dia pun notice yg kejap ok kejap x ok tu.. so --> dia ckp, dia nk reformat je laptop nih.. ha.. bagus jugak. laptop ni pun x penah buat hal.. hahaha.. umo dia sama umo si zarif, ni first time dia buat hal.. 

So ari selasa, lepas saya letak laptop kat org IT nih, terus saya keluar.. pg mana.. pegi ee-ki-ya.. hahahaha.. xde maknanya saya nk menlangut kat opis. bukan ada desktop yg boleh saya guna pun.. kalau ada pun, habuan saya nk chatting/update blog je kot sbb application yg saya guna xde.. nk duduk kat lobi baca majalah.. mcm bosan la pulak.. stakat 1-2 jam boleh la nk baca.. pastu?? nk tdo?? hahaha.. jadiknya, aritu abih la masa saya kat ee-ki-ya.. bak kata en.hubby yg tepon saya time saya jalan2 cuci mata sambil2 test sofa kat situ.. 'haa.. makan gaji buta yer.. ' cis.. ada pulak. extra hours saya agak2 saya la kan, dah boleh cover tuk 5 ari tau..

apa yg menarik kat ee-ki-ya?? hmm.. mcm2 yg menarik hati jiwa raga saya. ye la, org nak masuk umah baru camne la kot perangai nya kan.. suka2. saya suka semua yg kt sana. yg org x suka pun saya suka.. lagipun, depa letak yg display tu mesti yg semua org suka kan..

dah.. saya dah mmbebel yg bukan2..

so smalam, suppose work back as normal.. mana2 keje yg tersangkut ari isnin-selasa boleh la nk cover smalam...  tp en.zarif pulak panas badan.. so bawak dia pegi klinik, amik ubat lunch etc etc, dpt la jugak cover keje ari isnin sket, selasa sket, urgent sket.. stay up sampai malam lagi.. huhuhu..

and arini.. keje cam biasa.. sebab tu la dapat buat post secara pantas nih.. tata.. mau sambung keje..

Ramadhan 1431H : Day 1

Assalamualaikum w.t.h.. kawan2 sekalian..
Puasa dak?? hehehe..

Alhamdulillah, tahun ni dapat kita semua merasa berpuasa sekali lagi.. seronok? mesti la. ingat senang ke nk dapat peluang yg datang setahun sekali nih.. bulan yg penuh keberkatan.. kalau umur panjang, dapat la jumpa lagi tahun depan..

Tahun ni tahun kedua saya berpuasa jauh dari mak + abah + family. Agak lebih menyedihkan (saya dah mmg nangis dah ye semalam), currently en.hubby is pjj, and adik saya si busyuk tu, balik kampung..
so pagi tadi, rekod, saya makan sahur sorang2.. tp saya x nangis la pg td sbb kalut bergelut nak bersahur dan mengentertain si darling zarif. time kul 4 tu la dia nak minum, time kul 4.30 tu la dia nk ajak sembang. ingat kan dah dia bangun kul 4 tu , cepat la dia nk minum susu dan tido balik. skali sampai sudah sahur biji mata dok terbuntang. hihi.. 

tp ok la jugak. ada la jugak teman saya pagi tadi. lagi pun, saya jugak yg pesan kat zarif semalam.. esok kejut ibu pukul 4 yer.. ibu nak sahur.. hihihi.. amik ko! dia teman sahur terus.. :D

Skang saya tgh fikir nak masak apa tuk berbuka + sahur .. memandangkan en.hubby akan balik petang nih (mujur, kalu idak berendam air mata la lagi..) so saya kena la masak nasik + lauk. utk saya.. agar2 milo dah buat smalam, jap g nk pegi param je la carik popia goreng. pastu goreng coq udang.

hmmm.. xpe kan citer menu berbuka tuk arini???


Sesudah Hujan..

hari isnin, balik amik zarif dari school.. jalan2, terpandang langit..

ada pelangi.. bukan 1 tp 2.. Subhanallah! Maha Suci Allah!

sampai rumah, terus amik hanpon. snap.
kamera abih bateri.

jadi, ni la hasilnya.


pandangan dari umah, pelangi ke2 agak kabur.

tambah ngan resolusi kamera hanpon cap ayam,
x baper jelas.

yang penting, 2 mata menjadi saksi.!

nota kaki: masa mula2 nampak pelangi, ibu cuba nk tunjuk pada zarif. ttiba teringat, masa kecik dulu, ibu diberitahu, kalau nk tunjuk pelangi, jgn tunjuk ngan jari telunjuk, nnti kudung. hmm.. ada sapa2 penah dengar benda mcm nih ??


Makan2 sempena hari Abah 2010

Sempena Hari Abah semalam, ibu decided nk belanja abah makan..
So, kami ke JM Bariani House yg baru di buka di IOI Boulevard


ni kertas promosi yg ibu dapat 2-3 ari lepas..
kebetulan dah lama x makan JM Bariani, sbb tu ibu teringat nak bawak abah makan sini..
ada diskaun 10% lagi..


 
*
*
*



wajah2 cinta hati ibu

to abah;
terima kasih kerana sudi sama2 jaga zarif.. terima kasih atas kasih sayang abah buat zarif & ibu..
we love you!


p/s: piccas amik guna hp je... kamera ttggl.. pic makanan pun xde sbb... terlupa nk amik la.. kakakak..

p/s/s: bagus ada IOI Boulevard nih.. nasik lemak antarabangsa pun dah ada kat situ (dah terjah pun).. next to come --> carrefour kat puchong utama.. haish.. mcm2 dah ada kat sini la.. i loikeee..  


zarif ponteng school

semuanya gara2 zarif dan ibu!

ini kisah semalam..

Alkisah, si zarif bangun pagi dah pkul 10am.
tgk handy mandy, animal mechanical, itu ini, mandi dah kul 11am.
tu pun aci angkat.

breakfast dah jadi brunch.
11.30am.

lok leh lok leh.. dah kul 12pm.

kul 12 ibu pulak lunch.

lok leh lok leh lagi.

"xyah la dik pegi school.. "

org mengantuk disorong kan bantal.
suka dia, carik stok biskut dok depan tv.

"tgk tv baik2 ye, ibu nk buat keje"
"heh" (read: ya)

kul 1pm dia dtg merengek2, mintak susu..

ibu buat susu, ajak naik atas.. tdo..

ibu sambung lagi buat keje..

kul 3.30pm dah dengar jeritan...
dah bgun..

turun bawah..
ibu bagi pen, bagi buku.. menulis..
ibu sambung lagi buat keje..
sambil2, zarif punggah kotak mainan.
soh simpan balik.. dia simpan 1, punggah balik 10..

pastu mintak biskut.. mintak honeystar.. mintak susu.. tgk tv..

kul 5.30 ibu stop keje, masak pulak.. 
kul 6pm lebih, dinner!

kutip baju, kemas apa yg patut
malam layan tv! 

kesimpulannya, penat la jugak!
sbb sambil2 keje, wpun dia statik tgk tv, statik menulis, dia akan ajak bsembang ttg apa yg dia tgh buat tu..
semua dia nk bgitau ibu.
so, kena la layan jugak wpun ibu kat meja kerja, dia depan tv.

inilah dia, zarif yg ponteng sekolah!
(dan ibu yg malas nk salin baju tuk antar zarif ke school)


nota kaki: berani x antar g school ari ni sbb ibu xde meting..

dan yang diraikan....

..Mira..

yg selamat ditunangkan ngan

..Din..


(pix berdua xde.. sibuk layan anak dah time tu)

Alkisah. ni la sbb musabab yg menjadi penyebab kami balik penang aritu.. kenduri nyer sehari je, amik cuti berlebih2.. kah kah kah kah.. kebetulan en.hubby nk kena clear cuti.. so harus la ibu pun gedik bercuti jua..

Majlis aritu dimulakan dengan Majlis Tahlil tuk arwah Tok Jauh (Al-Fatihah) ditengahari. then sempat la ahli2 majlis lauk-pauk dan pinggan mangkuk berehat sementara ahli2 rombongan dari Tganu datang..
(weeehaa... merasa nk jalan Tganu atas tajaan adik nnti.. kakakakak)

ahli2 rombongan yg telah dijadualkan datang pada pukul 3pm selamat datang diiringi hujan renyai2..
hujan rahmat tu.. 

the best part is.. beberapa minit lagi ahli2 rombongan nk datang, anak ibu boleh lena sampai la majlis sarung cincin selesai.. haa.. kan x pasal2 ibu mnyebok jugak dgr org berbincang2.. *gigih*

dan mcm biasa, kalau ada majlis kenduri kendara ni, ibu suka nk hadiahkan hantaran.. dan sbb atas permintaan cik bakal pengantin..
maka ibu buat ini tuk dia..

harap adik suka ye..


to adik & matdin..
selamat menempuh alam bertunang..
org ckp alam ni byk dugaannya..
n rasanya, kja pun stuju -  mengambilkira dari pengalaman sendiri..
oleh itu.. bykkan bersabar dlm segala hal ye..  


nota kaki: rasa mcm nk tepek je gambar ahli2 majlis lauk pauk dan pinggan mangkuk, tp harus lepas tu gigih ibu kena kutuk kan???



zarif & kakak lisa

wajah-wajah kesayangan

 

  

 


nota kaki: payah benar nak amik gambar 2-2 budak besar ni posing elok2.. hehehe..