Di kala hati meronta mahu ber'party'...





Di kala itu jua lah ia menyerang..  
 
 
 
Mujur tak demam, pg jumpa doktor temp 36 degC. 
Alhamdulillah

Cuma tu la.. penyakit M makin kuat..
Nak2 pulak hubby cuti arini, terus triple M menyerang..

- Malas - Manja - Mengada -
 
 
ngeeee :)
Sesambil layan feeling 3M, sesambil gugel petua untuk mengurangkan batuk. Byk rupanya erk.. heheeh.. saya dok buat yg last tu je.. 
 
Sumber adalah copy paste dari sini.. :)


  • Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.

  • Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.

  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.

  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.

  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.






  • 2 comments:

    Queen said...

    batuk ye kak...

    try dah guna kapur?

    kapur makan campur dgn limau nipis..lepas tu lumur kat tekak..

    dulu mak rajin buatkan..heeee

    isabelle said...

    pisang masak dgn santan & vanila tu mcm sedap je.
    ye ke buat ubat? hehe (maklum la ubat kan selalu x sedap sgt)