15 pintu dalam diri kita

Assalamualaikum w.t.h.. 
Sebagai peringatan utk diri sendiri, keluarga & teman2.. 
 
 15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal dan cara yang halal
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa
  
 
Wallahualam.. Sharing is Caring..  

Kesesakan vs wfh


entry ini lebih kepada bebelan saya sahaja.. tiada fakta2 diambil dari mana2 sumber melainkan sumber diri sendiri dan persekitaran..

Assalamualaikum w.t.h..

Kelmarin, terbaca status sahabat saya di FB, kisah kesesakan lalulintas di simpang giant seks13. katanya, dah keluar awal pun sesak jugak. saya katakan padanya, mungkin sbb org ramai mengambil peluang keluar awal jugak dibulan Ramadhan ini..

Pengalaman hampir 5 tahun berulang-alik dr bworth-pg semasa saya masih bekerja di Penang, memberikan saya pengalaman paling terkesan tentang kesesakan lalulintas terutama di Penang Bridge, lebih2 lagi selama 5 tahun ini jugak la kerja2 pelebaran bridge tu dijalankan!

Katakan.. jambatan tutup sebab ada BOM? transformer diatas jambatan? ya, saya antara beribu manusia yg terkandas dlm kesesakan itu.. belum lagi kisah motor2 pancit atas jambatan.. pernah suatu pagi tu saya kira, hampir 20 biji motosikal saya lihat pancit ditepi jalan (kes org tabur paku)!

Tidak termasuk kes the one and only saya di'teman' ketika pulang dari kerja pukul 12tgh malam! yg ni jadi the one and only la - sbb lepas tu dah taubat xmau buat dah.. :)


                               
* transformer beraksi * pix ehsan wartawan gugel*

Then bila datang bulan Ramadhan, memang, peak hour berubah sedikit. jadi lebih awal dari biasa. Rata2 kilang kat bayan baru mengamalkan konsep flexible hours, datang awal-balik awal, datang lambat - balik le lambat. So, untuk umat Islam, mesti lah nk berbuka di rumah.. biasa lepas solat Subuh tu mesti siap2 dan keluar.. termasuk la saya! :D 

Berbalik kepada sahabat saya tadi.. saya terlupa masa saya mencadangkan suruh keluar lebih awal, yang beliau ada 2 org anak - yang besar pun baru 4 tahun. saya paham, bukan mudah nak menyiapkan diri, nak mnyiapkan anak2 (nak angkat anak2 masuk kereta termasuk la yer) ,blom kira nk peluk cium en.suami lagi.. lebih2 lagi, mana ada nursery yg bukak awal.. biasa saya dengar paling awal 6.45pg.. jadi, mahu tidak mahu, terpaksa tunggu nursery bukak baru boleh gerak pg kerja.. 

Bila saya dah pindah sini, saya sempat merasa 2 bulan lebih nikmat antar anak di subuh ari.. manakan tidak, kesesakan sepanjang highway ldp untuk sampai ke tropicana city memberikan saya 2 pilihan..  sama ada antar anak subuh hari, atau saya sampai ofis pukul 10pg. 

Pilihan lain yang saya ada - mnggunakan nkve. tp, paham2 aje la, apabila highway KURANG SESAK, bermakna POKET anda SESAK. :D . sama kes dgn sahabat saya itu. dia jugak punya option lain, tp perlukan pengorbanan POKET..

Dalam comment kami di status sahabata saya tu, dia ada ckp yg dia jeles dengan saya. sbb saya WFH. Ya, saya 1 antara beribu-ribu lemon manusia yg bertuah kerana berpeluang utk wfh.

Tp harus diingat, saya bukan berkerja sendiri mcm kebanyakkan org yg wfh. Ada bezanya di sini. Mereka yang bekerja sendiri mmpunyai kebebesan utk mengatur kerja mereka. Saya jugak ada, tp terhad. Saya ada 'mata-mata' yang memandang, saya ada boss, saya ada assignment yg ada dateline. Belum masuk lagi bab conf call yang kena saya attend dan paling penting... availability saya utk support customer saya sebaik mungkin. Ada kala saya perlu attend meeting ditgh malam.. jadi, kebebasan saya terhad. mmg la sambil2 conf call pun boleh kopek bawang, tp x berkat pulak gaji saya dapat nnti kan.. :D

Jadi, x kira la siapa pun anda, sama ada anda mmg hari2 kena harung kesesakan lalulintas, atau terpaksa nak kluar duit lebih sbb xmo sesak, atau jalan x sesak & free je, ingat.. kita semua manusia yg punya keistimewaan masing2.. saya mungkin lebih di sini, anda mungkin lebih di sana. perancangan jangka panjang saya tidak memungkinkan saya selamanya wfh. :D

setiap kejadian ada hikmahnya.!


nota.hati : nana, kalau ko baca nih, sory ye sbb aku suggest soh kuar kul 6.30 tu. time tu mmg aku x ingat langsung pasal irdina & irfan..

nota.hati2 : kalau dalam sesak tu.. bukan ke dapat meningkat kan tahap kesabaran kita?? tambah2 dibulan Ramadhan nih.. *wink*


Ramadhan 1431H : Day 1

Assalamualaikum w.t.h.. kawan2 sekalian..
Puasa dak?? hehehe..

Alhamdulillah, tahun ni dapat kita semua merasa berpuasa sekali lagi.. seronok? mesti la. ingat senang ke nk dapat peluang yg datang setahun sekali nih.. bulan yg penuh keberkatan.. kalau umur panjang, dapat la jumpa lagi tahun depan..

Tahun ni tahun kedua saya berpuasa jauh dari mak + abah + family. Agak lebih menyedihkan (saya dah mmg nangis dah ye semalam), currently en.hubby is pjj, and adik saya si busyuk tu, balik kampung..
so pagi tadi, rekod, saya makan sahur sorang2.. tp saya x nangis la pg td sbb kalut bergelut nak bersahur dan mengentertain si darling zarif. time kul 4 tu la dia nak minum, time kul 4.30 tu la dia nk ajak sembang. ingat kan dah dia bangun kul 4 tu , cepat la dia nk minum susu dan tido balik. skali sampai sudah sahur biji mata dok terbuntang. hihi.. 

tp ok la jugak. ada la jugak teman saya pagi tadi. lagi pun, saya jugak yg pesan kat zarif semalam.. esok kejut ibu pukul 4 yer.. ibu nak sahur.. hihihi.. amik ko! dia teman sahur terus.. :D

Skang saya tgh fikir nak masak apa tuk berbuka + sahur .. memandangkan en.hubby akan balik petang nih (mujur, kalu idak berendam air mata la lagi..) so saya kena la masak nasik + lauk. utk saya.. agar2 milo dah buat smalam, jap g nk pegi param je la carik popia goreng. pastu goreng coq udang.

hmmm.. xpe kan citer menu berbuka tuk arini???


Contest Pengantin & Handphone

Mood nak join contest datang!

Kali ni dari cikbedahlaser..

Contest Pengantin & Handphone
[syarat2 tlh diubah, kalau blom jd pengantin or xde gambar pengantin & hphone pun boleh join.. boleh refer sini yer]

*
*

Jom tgk syarat2 penyertaan dulu..

1. Jawab 3 Soalan yang aku berikan. Buat satu entri khas.
[siap! scroll down pls.. ada Q & A kat bawah]

2. Upload satu (1) gambar anda di mana anda sedang menggunakan handphone/telofon rumah/public phone/walkie talkie
[siap! sila scroll down jugak]

3. jadi follower http://cikbedahlaser.blogspot.com dan add blog aku dalam bloglist korang (ni utk korang taw update terbaru..lepas drpd tempoh ni...nk delete...delete la...)
[siap!]

4. Copy banner di atas dan letak dalam entry korang serta sidebar kemudian linkkan. (utk aku tahu korang join contest aku)
[siap jugak!]

5. Jangan lupa link kan aku kat entry korang ekkk...
[siap!]

6. lepas dah setel semua... tinggalkan komen di entry ni..beserta dengan link entry korang tadi.
[mesti punya!]
7. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 180810 (18 Ogos 2010 jam1808)8. sebarang pertukaran infomasi akan diberitahu dari masa ke semasa..
[tarikh valid lagi]

9. Pemilihan pemenang akan dibuat oleh juri-juri tak pro kami... (rahsia...takut ade sogokan.. hahahahah)


10. 3 pemenang akan dipilih...hadiah...belum pasti lagi... hahahahahah

*
*
*
*
*
*
*
*
sOaLaN

1. Aku buat kontes ni sempena apa??
Bersempena Hari Lahir cikbedahlaser & hari Ulangtahun perkahwinan cikbedahlaser & abg nakkal

2. apakah nama timangan pasangan aku???
abg Nakkal

3. senaraikan blog² aku dan pasangan aku..(hint...ade 4 semua nya :wink:)
*
*
*
*
*
*
*
*
dan inilah gambar saya sebagai pengantin & en.SE sbg handphone


suker pix nih..
*owh, kurusnya muka saya time nih*
*wink*
tgk mekap mata saya.. cantek kan??
suker sgt mekap time nih..
ni time nak nikah..
wpun syarat contest dah diubah, saya nk jugak letak gambar nih..
sbb saya nak abadikan gambar ni dlm blog ini..
kerana..
gambar ni bukan gambar saja suka suki posing ngan handphone..
alkisah..
pada ketika gambar ni dirakam,
en.bakalhubby dah pun balik umah dia..
sbb..
tok kadi yg patutnya nikahkan kitorang petang tu,
patut selepas solat Fardhu Jumaat,
lebih kurang dlm kul 3pm,
is Missing In Action!
Allah saja yg tahu betapa risau nyer saya..
ye la... kalau ikut akal jahat,
dah pikir mcm2 dah kenapa semacam ada halangan tuk majlis kami..
tp akal baik kata..
ini semua ujian dari Allah.. :)
bawak ke Asar,
tok Kadi x jugak muncul2.
siap org pegi risik ke rumah dia.
pun dia takde..
kenapa x call hphone tok kadi??
dia x bawa hphone. dah call, wifey dia yg jawab..
mmg sejarah!
dah petang, lebih kurang dekat nak maghrib,
baru jiran saya dpt cekup dia..
hehehe..
kenapa dia MIA..
biarlah rahsia..
(kalau sesapa yg dah tahu tu, tahu la yer.. )
Alhamdulillah,
kami nikah lepas Isyak malam tu..
*wink*wink*

ok. abih cerita.. cikbedah.. qualified tak??

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum,

Saya nak mengucapkan selamat berpuasa, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,   insya ALLAH.

"SELAMAT BERPUASA"

p.s. original post removed. i found this --> refer kat komen pls.. Wallahualam.

Hari ini hari ulangtahun kelahiran abah saya..

Selamat Hari Ulangtahun kelahiran buat Abah tersayang, yg ke -62.

Terima kasih untuk kasih sayang abah,
Terima kasih untuk pengorbanan abah,
Terima kasih untuk nasihat2 abah,
Terima kasih untuk dorongan abah.

Semoga Allah panjangkan usia abah, agar angah dapat mmbalas pengorbanan abah.
Semoga Allah panjangkan kasih sayang kita semua.

AMIN.

Quiny Bridal 1st Anniversary Giveaway

kali ni nak join giveaway lak.. lepas menang giveaway Nik aritu, ni baru nk rajin join pulak.. hehehe.. dan giveaway ni dari Nik lagi! :D. harap2 ada rezeki lagi yer Nik..

Quiny Bridal 1st Anniversary Giveaway

Syarat-syarat pertandingan :-
  • Anda haruslah seorang yang sporting dalam mengambil gambar.

  • Buat satu entry tentang Quiny Bridal dengan tajuk Quiny Bridal 1st Anniversary Giveaway dan

  • Sila sertakan gambar terbaik anda yang paling 'happening'!. (Gambar tidak boleh di edit. Gambar handphone juga di ambil kira selagi ianya adalah sekeping gambar)

  • Bagi yang tidak mempunyai blog, anda boleh buat Note Di Facebook!

  • Nyatakan kenapa anda NAK dan LAYAK menang giveaway ni.

  • Sertakan link Quiny Bridal dalam entry anda

  • Tinggalkan link entry anda dalam comment box ini beserta referrer anda

  • Tarikh tutup adalah pada 31 Ogos 2010

  • Mengikut terma dan syarat
Dear Nik.. ni gambar yg dipertaruhkan...


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*gambar ni sempena sessi potong kek birthday anak teruna saya yg ke2 tahun ... *

kenapa saya NAK dan LAYAK menang giveaway ni?

Sebab saya NAK sangat hadiah outdoor shooting tu plus nak mekap cantek2!!.. saya mmg LAYAK ler sbb gambar saya tu sgt happening.. hohoho.. happening sungguh ngan mulut ternganga itu yer.. ngeh ngeh ngeh..


So kawan2 semua, jom join giveaway nih.. tarikh tutup lambat lagi..hujung bulan ni..sempat la lagi nak amik gambar yg happening itu.. Untuk lebih keterangan lanjut ttg terma dan syarat, ttg hadiah yg happening tu, boleh lawat blog Quiny Bridal yer!


MUAAAHHH!

Saya, PaRam & Kuih

Next week dah nak puasa yer??

Beberapa fakta (tentang saya) yg saya nak share.
  • saya perasan, kalau kat PaRam ni mcm2 kuih ada. pendek kata, kuih yg kita x pernah jumpa or jarang jumpa, mudah ler nak nampak time nih.
  • saya suker pegi PaRam. sbb saya nak pegi beli kuih yg saya teringin or suka nak makan. tp satu perangai saya ialah, saya suka pegi kedai favourite je.. mcm x bagi peluang kat org lain je kan??
                                 
pix googled. salah satu kueh yg saya nak carik nnti..
  • kuih2 lain yg saya suker beli ialah popia basah.. murtabak.. (padahal kat pasar malam pun boleh beli nih.. saja buat alasan nak pg PaRam..)
  • saya, en.hubby, zarif dan adik saya penah pegi PaRam wangsamaju semata2 nak carik popia budak AF tu.. sayangnya, kami sampai time tu kul 5.30pm, popia dah full-booked. (tahun ni nak kena cuba nasib lagi.. no phone dah amik siap2 last year.)
  • popia yg best yg saya penah beli kat PaRam ialah Popia Makteh, PaRam sbrg Jaya.
  • Deliwings (kepak ayam tu) yg best saya penah makan ialah DeliWings PaRam bayan baru, blakang masjid bayan baru, yg jalan kaki je dari opis..
  • Murtabak yg best saya penah makan ialah murtabak sg.Dua, 1jam stgh beratur mujur dapat. Dah  amik no phone jugak in case balik penang teringin nk makan..
  • kalau kat umah mak saya.. mak saya dah tentu2 akan buat sejenis kuih atau lebih. kalau kat umah MIL pulak, saya kena carik kuih sendiri sebb seluruh keluarga MIL, kecuali saya dan biras saya semua bukak puasa makan nasik.
  • saya baru perasan.. kalau bulan puasa saya makan nasik sekali je sehari, iaitu time sahur.. hmmm.. bagus jugak erk..
  • en.hubby bbuka puasa makan nasi. so nampak gaya tahun ni saya kena masak nasik dan lauk jugak ler..
  • oh, saya ckp tak lagi.. saya suka dok sini sbb PaRam kat tepi jalan masuk bukit puchong ni je.. kalau idak jenuh la nk pikir jem dan parking..
Sekian. tu je la kot. :D


Tutorial : Add label for multiple entries


Atau dlm erti kata lain, nak labelkan korang nyer post yg dulu2 kala sekaligus.. atau nk tukar label yg lebih happening.. yg lebih cantek dibaca.. boleh ikut cara ini

Salam Selasa kawan2 semua..

Saya terjumpa tutorial ni kat bloggerhelp masa saya google tuk benda lain, tp saya baca la jugak wpun sekali lalu.. ttiba bila zarif dah 2 tahun ni, terasa mcm nak groupkan all entries yg berlabel 'zarif' to 'zarif 1st year', 'zarif 2nd year'.. jadi saya godeh la blog saya..

jadi, kepada yg berminat.. boleh cuba..

Steps:
>> Pegi kat edit post page ..
>> Contoh di sini: saya nak add label 'sharing info' mcm label kat entry no (1) kat entry no (2).


>> Tick pada entry no (2). kalau lebih byk entry yg nak diupdate, click je la yer..
>> Click pada drop down menu (3) and highlight kan label yg diingini. In this case 'sharing info' (4)
>> Bila dah click pada 'sharing info', page automatic akan di refresh..


>> Korang akan nampak warning 'Label sharing info applied to 1 post. Undo'
>> Korang jugak boleh nampak yang entry no (2) tadi dah ada label 'sharing info' (6)


Okey?? boleh paham?? Simple je kan.. sebab tu ramai yg ada label cantik2.. nak kena clean up nampak gayanya label2 saya nih...


Sampai sini dulu.. selamat mencuba..

p/s: sila click pada gambar utk lebih jelas..


Testing..

Testing send email fr my ovi mail..
--------------------------------------------------------------
Ovi Mail: Making email access easy
http://mail.ovi.com