Salam..
Apa yang day 3??
Owh, ari adalah hari ketiga zarif tido malam tanpa puting... :)
Untuk pengetahuan mummy sekalian, ini adalah salah satu azam ibu untuk tahun ini..
Ibu target by his 2nd yr birthday, ibu dapat la meleraikan kasih sayang antara zarif n puting nyer..
ibu ada dengar mcm2 petua/cadangan org suruh ibu buat.. contoh macam soh letak benda2 pahit kat puting la.. apa la.. tp.. ibu sgt tidak sampai ati nak buat mcm tu okey.. ada a few attempts yg ibu saja2 sorok puting zarif.. n bila time nak tdo tu, sure zarif akan bangun n carik disekitar tilam kitorang tdo + bawah bantal + bawah meja susu dia .. bila x jumpa .. dia akan pegi balik kat bantal dia n baring sambil buat muka sedih.. ibu sangat x tahan tgk muka sedih itu ok..!
dan bayang kan pulak.. kami hanya berdua.. huhuhu.. x sanggup nak tgk muka sedih berserta rengekan dia..
seawal tahun ini, ibu actually dah stop bawak puting tu ke school zarif.. zarif mmg tahu sgt di mana perlu simpan puting kalau nk pegi school - dlm side pocket beg dia.. so, bila ibu decide xnak bagi puting siang ari, everytime zarif nak simpan je puting dlm beg, ibu akan ckp... "nnti kawan2 kat school pun nk rasa puting zarif.. kita simpan kat rumah je ye.. " Alhamdulillah, cikgu2 zarif pun mmbantu jugak... so meaning, siang hari zarif mmg x berputing.. bila malam je, dia mula le mencari...
sebulan yg lalu, ibu cuba trick dengan menggunting separuh puting dia... oh ya, zarif ada puting spare.. sama kaler, sama jenis.. dan kebetulan yg satu ini dah pecah digigit, so ibu buat alasan tuk menggunting nya.. kononnya, sbb zarif suka sgt isap puting sampai putus puting tu.. waaaaaa.. ibu sgt tidak tahan melihat kelaku zarif isap puting separuh itu.. dia sendiri terpinga2 bila dirasakan puting separuh tu. dlm kesamaran bilik, ibu boleh nampak zarif membelek puting itu.. dan tanpa sedar.. ada air mata mengalir di pipi ibu.. oh, ibu sgt sayang kamu zarif.. jadinyer, ibu bagi la balik puting x bergunting pada dia..
sehingga la semenjak 2-3 minggu ni apabila zarif mula bijak menunjukkan skill tantrum nyer, berserta skill balingan nyer, ibu mula mendapat idea.. menggunakan balingan itu sbg alasan.. hmmm.. byk kali jugak zarif mmbaling puting.. almaklum la.. puting kan sentiasa dengan dia.. jadi, apabila ada saja yg x kena, itu la yg diambil dan dibaling.. 2-3 kali cubaan ibu menyorok puting selepas dia baling, mengenalkan zarif kepada peraturan "zarif baling, no puting" so he stop throwing puting.. aisey.. mcm payah pulak memula pikir sbb dia dah belajar benda baru nih n stop throwing things.. :)
until few days back.. dia mmbuat cubaan balingan lagi.. mungkin kerana zarif tidak puas bercuti di Penang agaknya..
Tuesday 20-April-2010 :
zarif marah ibu sbb ibu tutup lampu x ajak dia.. kekeke.. nk tutup lampu pun kena ajak dia.. aish.. org dah besar.. semua nk buat sendiri.. jd, dia yg sedang minum susu sambil tangan pegang puting (takut ibu sorok kot kan), terus la baling puting tu.. maybe sbb dia tgh minum susu, so, dia just continue minum susu tu.. n ibu amik peluang curik2 amik puting tu masa dia tgh kusyuk n sorok bawah bantal.. abih je susu, terus dia minta puting... ibu ckp.. "siapa baling puting, dia la pegi amik..".. so dia bangun n carik x jumpa..
mcm biasa.. dia datang kat ibu.. ckp.. "tadak.. " n ibu jawab balik.. "ye la, adik dah baling, cockroach dah amik puting adik bawak lari.. dah tido" .. agak lama jugak la dia menyondol2 bantal n ibu sampai la dia tertidur..
Wednesday 21-April-2010 :
Tidor bersama abah malam ni.. hmm .. agak payah bila abah ada.. sbb mood nk main zarif sgt tinggi.. dia masih mencari.. tp bila ibu ckp.. "semalam kan cockroach dah amik... " dia teruskan je main ngan abah.. heheeheh.. jenuh jugak ler abah tdorkan zarif..
Thursday 22-April-2010 :
Malam ni abih ngan sarung bantal zarif selak carik puting.. ibu masih menggunakan alasan yang sama.. "semalam kan cockroach dah amik... " zarif terdiam.. tetiba dia bersuara.. "kerr-rroch.. kerr-rroch" .. lama ibu terdiam.. pikir apa la anak ibu ni cakap... ekekkeke.. cockroach yer sayang.. :) .. bijak ler anak ibu nih..
arini x lama la sgt nk tdorkan dia.. dlm sejam je masa tuk zarif tidur.. tu dah merangkumi xtvt2 kitorang berdua .. salin baju n pampers.. bancuh susu.. tutup lampu.. telefon abah 2x.. ye la.. nak i lap u, gud nite, bubby, sekali mana cukup.. then xtvt hide n seek .. excersice kaki.. then minum susu.. lepas tu baru ler tdo.. ok la kan.. ?
Semoga zarif (dan ibu) mmpu bertahan tanpa puting ni selamanya.. cukup la kan setahun 10 bulan??
p/s: x sabar nk tunggu esok malam pulak.. hehe... mahu melihat progress zarif..
p/s/s: nana, nasib baik la zarif x ingat nak isap jari.. takut jugak tinggal puting dia isap jari..
till then, nnti ibu citer pasal kami balik cuti kat penang yer..