15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

Source: Forwarded email.

Untuk rujukan bersama.. sharing is caring..   
     
                   
                       
                                                                         
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH  ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun,64:15)                
                                                                         
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.      

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :                               
                                                                         
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith )

                               
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa                                       
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah                                         
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 :8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)    
                                                                         
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah                                      
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.                        
                                                                         
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti
* menakutkan anak-anak dengan sekolah                                     
* menakutkan dengan tempat gelap                                          
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau                          
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur            
                                                                         
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak                 
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak                            
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 
                                                                         
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif                         
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.     
                                                                         
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)                    
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani   
                                                                         
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.                                                                   
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :                                           
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)                  
                                                                         
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas 
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.                                    
                                                                         
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.               
*Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.                                              
                                                                         
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam , beribadah berjemaah, makan bersama-sama, dsb.             
*Dalam menjawab salam , lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.                                              
                                                                         
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
*Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.     
                                                                          11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. 
*Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.               
                                                                         
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak.                  
*Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
                           
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.           
*Ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.                                                                 
                                                                         
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
*Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
                                                                         
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. 
*Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. 

Nota hati: semoga diri ini (dan kawan2 semua) mampu menjadi ibu yg terbaik.. AMIN..
 

PENCIL & ERASER




Pencil: I'm sorry
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry because you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad.

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational.

Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way, they get hurt, and become smaller / older, and eventually pass on. Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

All my life, I've been the pencil. And it pains me to see the eraser that is my parents getting smaller and smaller each day. For I know that one day, all that I'm left with would be eraser shavings and memories of what I used to have.

This is to all the parents and children out there.

Source: forwarded email.


Counting 1,2,3...

+ kaedah en. ahmad +

wan

tu

tree

for

faif

sit

eben

e't

nain

ten

even

welve

thir-tin-tin

for-tin-tin

fee-tin

si-tin

ben-tin

tin-tin

tinn-tin

wenty


notahati:
mcm agak suprise masa mula2 dengar dia kira eleven twelve tu, tak percaya, sbb x tekan kan pun tuk dia kira 'tin-tin' ni semua.. biasa kan org ajar sampai 10 je.. =)

 



Hadiah Anniversary







Alhamdulillah, Syukur.
Terima kasih buat teman2 yg wish dlm fb dan entry sblom nih. i love you all.

Suprise dari hubby. Tiada. 
Honeymoon. Lagi lah tiada. 

Oh, itu bukan bermaksud saya mengeluh. 
Kesuntukan masa kami berdua yg PJJ, or dlm erti kata lain weekend husband/wifey mmbuatkan kami berdua lebih selesa tuk berhanimun dirumah. Encik hubby ujung minggu je nak dapat makan masakan wifey, lagi2 pulak time tu jugak la dia nk melayan kerenah si En.Ahmad. Jd, alasan tu boleh terima jugak la kan?? kan ?? kan?? :p

Yang penting, kami sama2 dpt meluahkan perasaan, kasih sayang kami (ayat mcm dah nk terbabas je nih) selama 2 hari berhujung minggu (mmg tiap2 minggu pun camtu.. hehehe).. 

Dan yang lebih penting.. kami sepakat mengatakan bahawa inilah hadiah anniversary kami yg ke 4!!! 



























 




*wink*



InsyaAllah, xde aral melintang, kami masuk umah tgh or ujung bulan January 2011. masih ada defect yg nk dbetulkan plus nk buat itu & ini..


Housewarming. Bukan dalam masa terdekat kot. Sbb nk kena carik time yg betul2 best (cth my birthday ke - perasan btul) tuk kumpul semua sedara mara n esp family kat penang.. InsyaAllah, teringin jugak nk jemput kawan2 blog. Andai panjang umur, boleh la nnti kita berjumpa yer.. :)




Notahati: 
ada sesapa pembaca blog ni yg ada umah mirip2 umah ni?? setaman la kita kalau camtu..












8-Dec-2010: It's our 4th anniversary!

i love you baby!

Semoga kita sekeluarga sentiasa dibawah rahmat-NYA.
Semoga kasih sayang kita berpanjangan sampai ke syurga,
dimurahkan rezeki utk keluarga kita & anak2 kita.
InsyaAllah, AMIN.

Peringatan!



"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)." Al-An'aam : 44

Peringatan untuk diri saya, saya dan saya. 
Lately ni byk sgt perkara yg saya amik mudah, wpun ia mmg perkara yg mudah, tp sbenarnya ia adalah perkara mudah yg x boleh nk di amik mudah. Fullstop.

Back to WFH

Salam...
Minggu ni xde entry pun kan? hehe..
Saya dah selamat balik Puchong ari Sabtu lepas, drive ngan en. Ahmad dan adik bongsu saya, dan jugak 2 anak buah. :) 
Perjalanan lancar, kereta x banyak, tp sebab hujan yg lebat di beberapa kawasan, jadi lambat jugak la sampai. (Jgn tanya kul baper saya sampai, sbb MIL komen kat hubby saya sampai cepat dari yg dia jangkakan.. hehehe).
Saya keluar dari umah MIL pukul 4 petang, target nak lintas bukit bukau Jelapang-Ipoh tu sblm hari gelap.. sambil2 tu berdoa jugak agar x hujan kat kawasan tu, risau tanah runtuh ke apa ker.. Alhamdulillah, perjalanan dalam hujan dari Juru sampai ke Changkat Jering, kemudian cerah sampai la ke kawasan TAPAH. Kemudian hujan balik sampai ler kat Rawang.. Syukur sgt sbb dpt lintas bukit-bukau tu sblm gelap dan x hujan! :) 
Saya pun dah kembali berWFH. 
aduhai.. rindu sgt pada kawan2 ronggeng kat opis/luar opis kat penang. rindu pada goldcoast, awek muda, nasi tomato sg.pinang, mee udang.. coq udang suiwah.. wawawawwawa.. kalah mak buyung yg mengidam je bunyinyer. (Isabelle, tolong jgn salah kan i kalau u teringin apa2 yer). Keadaan opis masih sama mcm dulu2 (last sy balik bulan Feb), cuma suasana je dah lain sket sbb geng2 batch saya byk yg dah xde kat situ..
Apa2 pun, mmg terbaek la balik kali ni sbb saya mmg dapat makan mcm2 ngan kawan2 yg mmg rajin melayan kerenah saya nih. heheheh.

..dan ari ni, dah pun 2hb Dec. bulan terakhir dlm 2010. So, mcm mana azam tahun 2010 anda? dah tercapai blom? :)

Kesesakan Lalulintas vs Penang Bridge


Salam Pagi Jumaat semua..

Saya masih diPG..
Hari2 berfeeling2 mekap n pilih baju nk pegi keje..
Hari2 bersuka-ria bkerja sambil jalan2 carik makan makanan terbaek di sini..
Tp disebabkan saya x bawak kamera masa pg makan, maka xde la entry makan2 saya yer..

Cuma, saya nk share pengalaman saya hari2 ulang alik lalu Penang Bridge (PB)..

Korang tahu kan yg PB ni dah pun dilebarkan menjadi 3 lanes?
Hmm.. saya mcm pelik.. ingatkan, bila dah 3 lanes, xde la nk jammed2 lagi.
Tp sama jugak ler.. Kenapa yer??

Sbb PB je yg dilebarkan jadi 3 lanes.. jalan susur keluar dari PB still lagi 2 lanes (certain area).. plus traffic flow dari jalan/simpang lain.. so total 4 lanes nk jadi 2 lanes?
tak ke haru tu?

Dekat sini xde org/pihak yg nk susun2 cone kat jalan time peak hour mcm yg slalu kita nampak kat area kl/sgor.. so mmg kena tepuk dada tanya selera, pandai2 la bawak keta.. hehehe..

Satu perangai driver PG ni (bukan SEMUA ok!), esp ladies (hehehe), derang x pandai nk bertolak ansur. Esp kalau tgk driver lane sblh bagi signal nak masuk depan kereta dia, time tu jugak la dia laju n cucuk keta depan. x caya, mai la try drive kat sini time peak hour or time jammed.

Pastu, satu benda yg saya pelik.. kalau korang yg drive ingat la kan.. masa sesi ceramah 3 jam time nk amik lesen L tu, ada org yg bagi ceramah tu mention, kalau nk masuk simpang kena secara bergilir2.
Hmm.. i mean.. yg kena bagi laluan kat kereta dari susur keluar tuk masuk, then kita jalan, then keta blakang kita kena allow keta dari susur keluar tu masuk, then baru jalan.. ada kan??? ke saya sorang je yg dengar benda tu???
Tu lagi satu masalah kat sini.. susah betul la nk dpt tgk benda ni kat sini.. x caya?? mai la try drive kat sini.. hehehe...

saya penah dulu, masa tu PB still under renovation, kena pulak weekend, malam sabtu, time tu ada Pesta PG. So kat toll PB tu mmg super jammed la. so, ada lane sblh kiri nak masuk lane kereta saya.. so trying to be good enough, saya bagi la kereta sblh masuk, and saya pun jalan la lepas kereta tu.. ttiba kereta blakang kereta sblh tu cucuk jugak nk masuk... saya buat kering je la.. (ni lagi satu kena buat kalau drive kat PG).. ttiba dia ketuk tingkap cermin kiri saya.. boleh bayangkan betapa dekatnya kereta kami time tu????

Dia ckp kat saya yg saya xde manners sbb x bagi dia masuk.. n saya jawab balik.. saya ke awak? saya dah bagi kerete depan awak masuk, so awak patut masuk blakang saya la... x belajar ke masa amik lesen?? terus saya jalan. :p

Tu blom kira kalau traffic light kat simpang 4 rosak. kalau jenis yg x berani nk 'keluar' tu, mmg x jalan la.. jauh skali nk gilir2 keluar simpang..

and.. cerita terakhir tuk arini... bygkan traffic yg very32x slow moving spjg PB tu, ttba ada sebijik kereta buat lane ke4 kat lane kiri (laluan motosikal)! kalau kelisa saya boleh terima lagi.. ni iswara.. lebar tu.. bahaya betul. 2 kali jd spjg minggu ni yg saya tgk.. yg saya x tgk tak tau la.. so, tuk sedapkan hati... saya ckp.. mungkin dia ada emergency... hehehe..

so kesimpulan, saya mmg x dapat mmandu secara berhemat mcm diKL kat PG nih.. hahahaha.. utk pemandu2 diluar PG yg nk datang PG, try la elakkan time PEAK hours, sbb kalau korang melancong kat sini.. mcm buang masa la pulak dok dlm jammed tu..

sekian yg melaporkan.. esok dah nak balik Puchong.. :)

Difference between http:// and https://

Salam semua..
Sihat?? Dah breakfast??
Saya dah.. perut tgh padat mampat sbb baru sudah makan set B [toast bread+sosej+2 telur mata+ baked beans] kat cafe..
 
Pagi ni saya dpt feeling2 belek lemari carik baju lagi.. hahahah.. dapat feeling2 jammed..
(sila la layan sbb lagi 3 ari saya akan buat statement yg sama jugak.. hahahaha).
 
Btw, arini nk cerita pasal http/https yg ada kat setiap website yg kita dok click2 tu.
 
Dedicated kepada mereka2 yg suka buat online payment.
 
Credit to Acik saya, sbb dia yg forward email pasal nih.. hehehe..
 

Difference between http:// and https://
              
The main difference between http:// and https:// is -
              
It's all about keeping you secure, HTTP stands for HyperText Transport Protocol, which is just a fancy way of saying it's a protocol (a language, in a manner of speaking) for information to be passed back and forth between web servers and clients.
              
The important thing is the letter S which makes the difference between HTTP and HTTPS. The S (big surprise) stands for 'Secure'.
              
If you visit a website or webpage, and look at the address in the web browser, it will likely begin with the following:
              
http://. This means that the website is talking to your browser using the regular 'unsecure' language..
              
In other words, it is possible for someone to 'eavesdrop' on your computer's conversation with the website. If you fill out a form on the website, someone might see the information you send to that site.
              
This is why you never ever ever enter your credit card number in an http website!
              
But if the web address begins with https://, that basically means your computer is talking to the website in a secure code that no one can eavesdrop on.
              
You understand why this is so important, right?
              
If a website ever asks you to enter your credit card information, you should automatically look to see if the web address begins with https://.
If it doesn't, there's no way you're going to enter sensitive information like a credit card number!
               
Example:
Maybank website : http://www.maybank2u.com.my
 
 
BUT, not to include on those yg rajin terima email SPAM pasal internet banking, yg mintak verify password ke, credit card info ke.. yg itu mmg terang2 SPAM aka TIPU. sometimes you'll see the address is showing https, ye la, sbb si penipu tu sorang je yg boleh tgk info tu ..
 
Sharing is Caring.. Muahhhhhh

                         

Bersiaran dari cube #3.4.38

Salam Bersiaran..
 
Apa kabar rakan2 sekalian??
Brapa kilo makan daging nih??
Sure semua rumah ada stok daging korban lagi nih kan..
Mau2 mak buyung yg teringin/mengidam nk makan daging korban kan.. best nyer..
 
Tp kena ingat.. jgn pulun sgt.. takut kang ada yg darah naik mendadak kang.. 
 
Saya & keluarga berhari raya korban di Penang. Alhamdulilah.
Buat kenduri sblh MIL raya ke2.
 
Paling excited si Ahmad la.
Dapat tgk Cow 'moooooo' depan mata.
(wpun bila dah bawak p dekat jenuh peluk kita sbb takut!)
 
Jumaat-Sabtu-Ahad pulak berehat. Best! 
 
Pagi ini saya di opis. Di cube cumel saya ini yg bernombor 3.4.38.
Dpt la berfeeling2 bangun pagi - belek lemari carik baju apa nk pakai (wpun mmg dah sedia maklum kena pakai uniform kan....!).
Dpt la jugak feeling2 calit eyeshadow sket, lipstik sket, hahaha..
Yg best nyer.. dpt berfeeling2 bawak kereta dlm jammed kat sbrg jaya pagi nih.. tempat lain x jammed la pulak. :p
 
Skarang ni, saya tgh pikir kat mana nk lunch satgi. adoyai. mcm2 teringin. antaranya :-
 
- nasi tomato jalan pinang
- coq udang suiwah lama
- teh ais market bayan baru
- nk tawaf sunshine square
 
Yang saya dah buat spjang bercuti :-
 
- Mee udang sg 2.
- Cendol BM
- Ketam Juru (sekilo rm20 hua hua..sedap wei..  fresh baru naik laut!) 
 
p/s: smalam timbang berat menten lagi. tunggu abih minggu ni nk timbang sekali lg tgk ada beza ke tak. mak ckp muka nampak berisi sket.. :p