Rahsia Solat Awal Waktu- kaitan dengan warna...

Saya copy paste dengan izin Tifa.. thank you dear.. :D
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam .

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ..."
jom kawan2, kita perbaiki dimana yg kurang..

Rezeki yg mendatang..

.. jgn ditolak ye kawan2!

arini selasa. ingat nk buat tutorial. tp malas nk copy paste gambaq. (kan ke entry sblom ni dah ckp masa mcm x cukup.. hehehe).. so kita hold dulu ye.

ok, cerita rezeki saya itu..

thanks kay sbb bertanya, n mummy zhea & adeeb kerana sms.

jwpan adalah tidak. saya tidak dapat keje baru, n saya tidak mengandung (haish la mummy, masin mulut hang kot mau berjangkit kan??) tp ada la sket2 sangkut bab keje.. bukan keje utama, tp keje no.2 saya..

tahukan blog sopheashoppe saya tu? saya jual brooch kan? Alhamdulillah, rezeki saya murah sgt. byk order dr kawan2 diluar sana - sbb tu blogshoppe saya x berhapdet. sbb bila nak update je blog ngan stok yang ada, org mintak antar kat derang. Alhamdulillah sgt2. setiap 2 minggu kena amik stok baru. maybe mcm yg is ckp dlm komen box saya bulan sudah, dekat nak raya ni makin kencang la bisnes. Alhamdulillah.

dlm sibuk saya dan rakan sebisnes meniaga brooch, ada pulak yg minta saya supply barang lain pulak. nak dijadikan cerita, mungkin rezeki saya, sekali google saya dapat apa yg dia cari itu. siap direct dari manufacturer. dah sah2 la harga lagi murah kan? insyaAllah, saya sedang mencuba mendapatkan harga terbaik tuk dia, sbb katanya di penang barang itu susah nk dapat stok.. dan sudah pasti barang itu bakal keudara bersama brooch saya di sopheashoppe!

selain itu jugak.. tahukah kalian bahawa pekan rabu 2 sedang dlm pembinaan di jalan permatang pauh?? yay! depan uitm. doakan moga saya dapat lot disitu ya.. !

p.s. barang apa yer?? *wink*


macam x cukup masa je ..


enuff said.
i should be thankful to Allah for the given opportunity.

rezeki Allah datang x terduga. terima kasih pada yg mendoakan, esp mak saya!

Lawatlah.. agar kita mensyukuri nikmat Allah!


Salam Pagi Jumaat saudara2/rakan2/pengunjung2 yg disayangi..

2 malam sudah, dalam kereta, hubby tukar channel IKIM.fm. Rancangan bersama Ustaz. saya x pasti ustaz apa yg sedang ke udara, tp yg pasti, ayat2 ini, yg keluar dari mulut ustaz itu, tersemat dihati saya..

lawatlah org sakit.. agar kita mensyukuri nikmat sihat..
lawatlah org mati.. agar kita mensyukuri nikmat hidup..
lawatlah org dipenjara, terkurung.. agar kita mensyukuri nikmat bebas..

entah, seketika lepas dgr ayat2 ini, hati rasa sayu, sedih. terasa diri jauh terbabas.

terfikir saya,
.. betapa bertuah nya saya dengan kehidupan saya sekarang.
.. betapa bertuahnya saya dengan limpahan kasih sayang dari org2 disekeliling saya.

namun,
.. masih lagi saya down bila diuji sedikit.
.. masih saya marah bila 'hak' saya diambil org..

sedangkan saya sebenarnya bukan siapa2, dan x punya apa2 di dunia ini..

..hidup ini hanya sementara..

semoga kita semua selalu2 la muhasabah diri, semoga kita semua sentiasa dibawah lindunganNya yang maha Esa.

AMIN.


Selesai 1st half, another half-year to come!


Alhamdulillah,
Berjaya jugak selesaikan review with boss yg tertangguh since thursday gara2 IE saya terlebih canggih!
Selagi x setel, selagi tu la dok menggodeh webpage tu. org lain boleh je access. saya sorang je x leh. alih2, baru perasan, IE nyer problem.

lega sat. berdoa dan berharap agar momentum yg ujud dlm diri dpt dikekalkan (or maybe up lebih sket ke kan?) sampai ujung tahun.

AMIN!

Hari ini hari ulangtahun kelahiran emak saya..

Hari ini hari ulangtahun kelahiran emak saya..

ini gambar emak saya..


...

...

...

x tau nk tulis apa,
terasa mcm byk sgt benda nk tulis,
tp x tertulis..

sedikit cerita saya dan emak,
baca di sini

...

...

...

untuk emak saya,

selamat hari ulangtahun kelahiran yg ke 55.
semoga sentiasa dirahmati Allah SWT..
semoga sentiasa dikelilingi dgn kasih sayang dari abah, anak2 mak, menantu2 mak, cucu2 mak..
dan semua org disekeliling mak..
(juga pokok2 bunga mak!)

terima kasih kerana melahirkan angah,
terima kasih kerana telah mmbesarkan angah,
terima kasih kerana merestui segala permintaan angah,
terima kasih kerana sentiasa mendoakan yg terbaik buat angah,
terima kasih untuk segala-galanya!

angah sayang mak!

(angah tahu mak tahu angah sayang mak! kekekeke)

p/s: org ckp, nk tgk camne rupa kita time kita tua, tgk mak kita - mcm yg iklan apa tah x ingat, yg dafi belakon tu.. hmm.. so, since saya anak mak sorang pompuan, konpem saya copy paste muka mak saya lagi 20 tahun nnti kan??

 

Zarif: 4-Jul-10 : 24-month-old's development


Building language

At 24 months, your toddler may be able to have a two- or three-sentence conversation with you, and you're probably able to understand what he says at least half of the time. As his sense of himself as a distinct person grows, he'll talk about himself -- what he's doing, what he likes, and what he doesn't like.

Abstraction and reasoning

At two, your toddler can form images in his mind, organise categories and arrange things in order. He will spend plenty of time sorting, and he will point out all the cats, or all the balloons on a page. But he won't be able to point out all the "nice" or "heavy" things, because these are abstract concepts. His memory is developing, and he's only just beginning to understand concepts.

Why? Why? Why?

A toddler asks "why" for a lot of reasons. Sometimes he wants an explanation, sometimes he doesn't know any other words to express his curiosity about something, but other times it's satisfying for him to have found a question that gets a lengthy answer. Respond to his questions, and be patient. You might try answering a why question with a why question of your own: "Why do you think the cat ran away?" In this way, you might end up with the explanation he is really seeking.

Masculine and feminine

Your toddler is becoming more aware of gender differences, and you can give him this opportunity to explore every aspect of being human. A girl will start modeling her behaviour on women, and a boy will do the same with men. Your child may not always imitate a same-sex role model, and that's normal. Your child is experimenting as part of his development

posing dgn harapan ibu bawak naik vroom...

Just back on track!

but still terumbang-ambing. perlukan sedikit kekuatan untuk terus stabil!

zarif masih lagi merap - oh ya! dia demam 2 ari sudah, day 1 abah jaga, smalam ibu kena jaga skali ngan jaga abah!

byk pending stories :-
  • kisah kami balik penang
  • kenduri shukri (SIL's brother) - emmy
  • zarif's 2nd birthday cake cutting yg sgt happening..

today @ 4pm - will be my midyear performance review with dear boss - wish me luck peeps!


It was another year after a year!

It was another year after a year..

...of the pain that is always the less.
...of the home that is still a sweet home.
...of the weekend that is fill with fullest of joyment.
...of  me being an ibu to YOU!

Happy 2nd Birthday dearie! I love you so much.

Should you read this one day,
.. ibu nak sayang tahu yg ibu sayang sangat2 kat sayang. ibu sentiasa mendoakan semoga sayang menjadi anak yang baik dan cemerlang ilmu dunia dan akhirat. terima kasih kerana telah menjadi anak ibu yang baik, dan semoga sayang akan terus bantu ibu untuk jadi ibu yang baik buat sayang (dan insyaAllah kalau ada rezeki utk adik2 sayang nnti).. i love you!..

Sesudah Hujan..

hari isnin, balik amik zarif dari school.. jalan2, terpandang langit..

ada pelangi.. bukan 1 tp 2.. Subhanallah! Maha Suci Allah!

sampai rumah, terus amik hanpon. snap.
kamera abih bateri.

jadi, ni la hasilnya.


pandangan dari umah, pelangi ke2 agak kabur.

tambah ngan resolusi kamera hanpon cap ayam,
x baper jelas.

yang penting, 2 mata menjadi saksi.!

nota kaki: masa mula2 nampak pelangi, ibu cuba nk tunjuk pada zarif. ttiba teringat, masa kecik dulu, ibu diberitahu, kalau nk tunjuk pelangi, jgn tunjuk ngan jari telunjuk, nnti kudung. hmm.. ada sapa2 penah dengar benda mcm nih ??